Template Web (6)

Tengok anak-anak seakan-akan gelisah. keluar masuk, keluar masuk dapur bersilih ganti. Buka peti ais, tutup peti ais dan ada yang mengadu sentiasa lapar tidak kira masa.

Sumber: Google

Si ibu hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah si anak-anak. Nak pergi kedai, alamatnya banyak lah habis memandangkan anak bukannya 2 atau 3 orang. Boleh botak kepala.

Kali ini apa kata ibu-ibu di luar sana cuba resepi Ais Krim Home Made ni. Boleh tukar-tukar resepi ya.

Ais Krim Biskut Oreo

Bahan-bahan:

  1. 6 keping biskut Oreo dihancurkan
  2. 1 tin susu sejat
  3. 1 sudu makan gula
  4. Yogurt berperisa vanila rendah lemak
  5. Plastik ais krim

Cara – cara penyediaan

  1. Cincang biskut oreo tadi.
  2. Masukkan dalam 1 bekas kemudian campurkan dengan susu sejat, gula dan juga yogurt.
  3. Kacau sehingga sebati
  4. Kemudian, masukkan ke dalam plastik ais krim.
  5. Sejukkan selama 8 jam.

Ais Krim Home Made Berperisa Mangga

Sumber Gambar: Pinterest

Bahan-bahan:

  1. Buah Mangga yang dipotong dadu.
  2. Susu Pekat atau Gula. (Kadar kemanisan ikut citarasa masing-masing)
  3. 150 ml air.
  4. Plastik Ais Krim.

Seterusnya, Ais Krim buah-buahan. Kali ini kami guna buah Tembikai, Tembikai susu dan Rock Melon.

Cuma kali ini, buah Tembikai susu kita akan kisar. Kemudian buah tembikai dan Rock melon kita ambik isinya. Boleh rujuk gambar di bawah ini ya.

Sumber gambar : Pinterest

Semestinya menyihatkan dan lebih terjamin bersih langkah penyediaannya. Selamat Mencuba.

Sekiranya bermanfaat, jangan lupa share ye.

Artikel disediakan oleh:
Addin Atiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *