Poster Kerabu Nipah

Kerabu nipah tidak asing bagi orang Kelantan dan merupakan makanan eksotik yang amat digemari oleh penduduk sekitar. Pokok nipah sukar diperolehi kerana hidup di tanah lembab dan kawasan berpaya seperti pinggir sungai. Pokok nipah dikategorikan sebagai jenis pokok palma.

Sumber: Wikipedia.

Azmi Ismail atau lebih mesra dipanggil Cikgu Mi, 62, dari Wakaf Bharu yang merupakan seorang pengusaha kerabu nipah telah berkongsi pengalaman dengan kami tentang kesukaran beliau untuk mendapatkan bekalan bunga nipah. Beliau terpaksa membuat tempahan daripada pembekal bunga nipah di kawasan kepulauan Tumpat.

Beliau yang telah menghasilkan makanan eksotik ini hampir 10 tahun berkata, juadah ini bukan sahaja laris pada hari biasa, malahan ditunggu-tunggu untuk dijadikan juadah istimewa buat tetamu ketika majlis perkahwinan.

Kerabu Nipah yang telah siap digaul.

Menurut Cikgu Mi lagi, resepi kerabu nipah ini tidak sukar kerana hanya menggunakan campuran bawang kisar, isi ikan selayang rebus yang telah ditumbuk @ dikisar, serbuk lada hitam, santan, gula, air limau nipis, budu, serbuk secukup rasa, hirisan bawang besar, cili besar akan digaul bersama bahan utama iaitu bunga nipah.

“Proses untuk mencari pembekal bunga nipah amat sukar pada musim kemarau kerana kebanyakan air pulau akan surut dengan mendadak”. – Cikgu Mi

Cikgu Mi dan isterinya.

Menurut beliau juga, sebelum ini kerabu nipahnya akan dijaja di beberapa buah sekolah memandangkan beliau merupakan seorang tenaga pengajar beberapa tahun sebelum ini. Lazimnya, menu eksotik ini tidak memerlukan waktu yang lama untuk dihabiskan jualannya kerana kebanyakan pembeli pasti akan terpikat dengan rasanya yang enak.

Program Kulinari Rencah Rasa Mek Kelate Dun Kelaboran yang turut memperkenalkan resepi Kerabu Nipah kepada beliawanis agar generasi muda dapat mengenali makanan unik dari Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *