IKON ZUBAIDAH

Petah serta lucu dengan loghat Kelantan yang pekat menjadi tarikan istimewa bagi pemilik akaun media sosial TikTok dan Facebook yang dikenali di dunia maya dengan nama Bedah Jack. Di TikTok terutamanya pengikut beliau telah mencecah ratusan ribu dan telah mendapat lebih 1.4 juta likes. Membina content dengan niche resipi mudah dan santai dalam dialek Kelantan pekat akaun media sosial beliau semakin mendapat tempat di hati pengguna media sosial. Beliau dilahirkan kira kira 31 tahun yang lalu pada tarikh 1 Oktober 1992.

Diberi nama sebagai Wan Norzubaidah binti Wan Mohamed, anak muda yang berasal dari Kota Bharu ini kini merupakan Pegawai Pertanian dan juga usahawan dalam bidang makanan dan pertanian.
Setelah menamatkan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Mulong dan berbekalkan keputusan SPM yang cemerlang 7 A 3 B, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi dan seterusnya ke UiTM Jengka di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Teknologi dan Pengurusan Perladangan.

Sungguhpun menurut beliau beliau adalah seorang yang agak nakal dan seringkali dipanggil ke bilik kaunseling dan disiplin di sekolah juga semasa di universiti sering dipanggil ke bilik dekan dan HEP, namun kenakalan beliau tidak menghalang untuk memperolehi kejayaan cemerlang sejak dari sekolah hingga ke universiti. Beliau bergraduasi dengan mendapat Anugerah Naib Canselor pada tahun 2014 dengan pointer 3.96. Setelah mendapat kejayaan cemerlang beliau telah ditawarkan pengajian fast track untuk mendapatkan PhD di bidang perladangan tanpa perlu ijazah sarjana. Namun pada waktu yang
sama beliau terpaksa melupakan tawaran pengajian itu kerana pada masa yang sama ayahnya telah diserang strok.

Bedah meneruskan minat dan cita-cita beliau dalam bidang pertanian dan usahawan. Beliau mengusahakan perniagaan asas tani seperti memelihara pelbagai jenis haiwan ternakan seperti lembu, kambing, burung dan ikan selain membuat perniagaan ketupat palas Semoga perniagaan Bedah Jack semakin maju dan didoakan semoga dengan penganugerahan Ikon Influencer ini Bedah menjadi contoh
pempengaruh media sosial yang baik serta boleh dijadikan inspirasi dan teladan terutamanya bagi generasi muda zaman sekarang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *