Tokoh HSK 2017

17 Okt 2017: Kota Bharu | Sekali lagi Kerajaan Negeri Kelantan merakam sejarah mengadakan sambutan hari wanita atau lebih dikenali Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) Peringkat Negeri Kelantan. Sambutan ini diselia oleh UPWK yang diadakan sebagai program tahunan.

HSK 2017 yang telah dirasmikan oleh Datin Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan telah menyebut “Sayyidatina Khadijah R.A adalah tulang belakang dalam mendokong syariat dan dakwah Rasulullah SAW malahan sanggup mengorbankan diri dan harta demi kelangsungan dakwah Islam ke serata dunia. Beliaulah suri mithali yang wajar dicontohi oleh setiap wanita”.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan, YB Hjh Mumtaz Md Nawi berkata dalam ucaptama, HSK pada tahun ini berbeza dengan tahun lepas dengan menampilkan 9 kategori tokoh Suri Wanita iaitu

  1. Tokoh Buah Hati Suri : Nur Zulfatul Insyirah Zamri
  2. Tokoh Suri Hero Rakyat : Hazimah Khalipah
  3. Tokoh Suri Kerjaya : Ibtisam Abdul Ghani Azmi
  4. Tokoh Suri OKU : Sharifah Raudzah Syed Akil
  5. Tokoh Suri Lestari : Wan Noriah Wan Ramli
  6. Tokoh Suri Inspirasi : Datin Nik Zulaili Nik Yaacob
  7. Tokoh Suri Kemasyarakatan : Aminah Ismail @ Nik Shamsiah Nik Ismail
  8. Tokoh Suri Emas : Datin Hjh Hasnah Salleh
  9. Tokoh Suri Kepimpinan : YB Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff

Beliau juga mengupas tentang pengisian surah An-Nur yang akan dikupas sepanjang program HSK sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.,

“Ajarilah anak anak-anak lelaki kalian surat al-Maidah, dan ajarilah anak-anak perempuan kalian surat an-Nur.”

Antara panel kertas kerja yang dijemput bagi mengupas tentang surah An-Nur, Wanita dan Pendidikan Hudud Dari Perspektif Surah Al-Nur  oleh YB Senator Khairiah Mohamed (Ahli Dewan Negara), Surah Al-Nur Model Keanggunan Peribadi Muslimah oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki (Selebriti TV Tanyalah Ustazah), Surah Al-Nur – Model Terbaik Pengurusan Rumah Tangga oleh Ustazah Asmak Husin (selebriti TV Tanyalah Ustazah) dan Manifestasi Keajaiban Alam dalam Konteks Maqasid Syariah oleh Prof. Madya Dr Shukeri Mohamed (Pensyarah UM)

 

HSK 2017 ini juga turut menjemput lebih 200 orang penerima anugerah tokoh wanita pelbagai bidang yang pernah dinobatkan oleh Kerajaan Negeri bermula dari tahun 2005.

 

Peserta yang hadir dibekalkan cenderahati berupa buku tajaan karangkraf, benih pokok tajaan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri Kelantan serta sebotol haruman kasturi.

 

Turut dilancarkan Logo MPWP oleh Datin Siti Zabidah Abdul Hamid (Isteri DBK Menteri Besar Kelantan) serta Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak (Isteri Mantan DBS MB Kelantan) dan pelancaran Kuliah Tafsir Wanita oleh YB Hjh Mumtaz Md Nawi.

Pihak penganjur juga menjemput pelajar PASTI Munawarrah, Bunut Payong bagi persembahan tarian Shark Do Do dan persembahan nasyid lagu tema “Semulia Khadijah” oleh Shoutul Amal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *