Ucapan MB Sambutan 27 Tahun MBI

Kota Bharu | Majlis Sambutan 27 Tahun Membangun Bersama Islam dimulai bacaan ayat al-Quran Surah Hud ayat 112-123 dan seterusnya ucapan aluan oleh YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Dalam ucapan Menteri Besar Kelantan telah mengucapkan tahniah kepada UPWK di atas pencapaian menjadikan Kelantan sebuah negeri berkebajikan dengan mewujudkan Pusat Latihan Wanita OKU & Armalah, Majlis Penasihat OKU Negeri Kelantan serta Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah. Beliau juga turut menyebut program pembangunan pendidikan yang diselia oleh UPWK iaitu Kuliah Bulanan Wanita di Peringkat Negeri, Kuliah Fiqh Wanita di Peringkat Parlimen serta Kuliah Tafsir Wanita di Peringkat DUN.

Sempena pelancaran buku Kelantan di Hati ini juga, UPWK turut menyertai dengan menerbitkan 5 siri buku iaitu Buku Suri Hati Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Buku Kelantan Cakna Wanita, Buku Cakna Keluarga, Buku Cakna Kebajikan dan Buku Sinar Thurayya mengenai tokoh muslimat siasah.

Disediakan oleh:
Unit Media Korporat
UPWK Kerajaan Negeri Kelantan
1 Safar 1439 H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *