1

KOTA BHARU, 29 Okt – YB Hjh Mumtaz Md Nawi membuat penyerahan buku Suri Hati Tok Guru Dato’ Bentara Setia Nik Abdul Aziz bin Nik Mat kepada Datin Hajah Tuan Sabariah Tuan Ishak bertempat di rumah beliau, Pulau Melaka.  Datin Hajah Tuan Sabariah (DBS) memegang watak protagonis dalam buku yang dinamakan ‘Suri Hati Tok Guru Nik Abdul Aziz’.

Harapan Mumtaz agar buku ini memberi peluang untuk kita meniru, meneladani dan menggunapakai bagi mencontohi akhlak isteri Rasulullah SAW dengan melihat keadaan semasa. Sekiranya kita berasa Ummatul Mukminin itu jauh dari zaman kita, tetapi sekarang ini masih ramai isteri-isteri atau suri yang boleh dicontohi di zaman kita.

Kata Mumtaz lagi, kejayaan DBS menjadi contoh dalam kesibukan suaminya sebagai seorang pemimpin dan anak yang sangat ramai, beliau berjaya melahirkan satu keluarga insyaAllah berjaya di dunia dan akhirat.

Buku Suri Hati yang diterbitkan oleh Urus Setia Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kebajikan Kerajaan Negeri Kelantan (UPWK) merupakan salah satu siri buku Kelantan Dihati. Buku ini menyentuh aspek kekeluargaan, seni rumahtangga, persekitaran Baitul Muslim serta unsur tarbiyah yang pernah diamalkan oleh al-Marhum Tok Guru selaku pemimpin keluarga  dan perkongsian hidup beliau bersama Tok Guru.

Buku ini boleh dibeli dengan terus di Pejabat UPWK atau hubungi 09-7476569.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *