43

Pasangan bahagia Encik Yahya bin Md Yusuf dan Puan Mek Nab binti Yahya telah dikurniakan 12 orang cahaya mata, terdiri daripada 9 orang lelaki dan 3 orang perempuan. Melayari 51 tahun hidup bersama, ikatan masih utuh tidak bergoyang walau diuji pelbagai cabaran. Pasangan ini sering bekerjasama dalam urusan membesarkan anak-anak dengan cara membahagi tugasan.

Sejak kecil, pasangan ini telah melatih anak-anak untuk sentiasa saling membantu dan berkongsi, walaupun makanan yang sedikit. Anak lelaki juga diajar untuk membantu dalam urusan di dapur. Amalan solat berjemaah dan makan bersama yang sentiasa diamalkan menjadikan ahli keluarga ini lebih akrab. Pasangan ini juga menitikberatkan hubungan mertua dan menantu, kadangkala melebihkan layanan kepada menantu berbanding anak sendiri. Jujur dari hati keduanya, mempunyai anak yang ramai bukanlah satu bebanan, malah rezeki yang tidak ternilai dari Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *