Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kes pembuangan bayi sahaja tahun 2018 hingga 2021 telah mencatat lebih daripada 443 kes yang dilaporkan. Bagaimana pula kes yang tidak dilaporkan. Punca utama yang menyumbang kepada kes ini disebabkan zina yang berleluasa yang amat membimbangkan.
Batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan seperti tidak diendahkan lagi, hilang kewarasan seseorang setelah terjebak dengan maksiat.
Surah An-Nur: 30
Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad SAW) kepada orang-orang lelaki beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (Daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (An-Nur: 30).
Tadabbur Surah An-Nur ayat 30
- Teguran Allah kepada orang yang beriman untuk menyekat pandangan kita serta menjaga kehormatan.
- Allah Maha Mengetahui maksiat tersembunyi atau terang-terangan.
- Hanya Allah yang menjaga aib kita.
Apa itu maksiat mata dan perkaitan dengan zina atau maksiat.
Orang lelaki Allah takdirkan boleh terjerumus dengan maksiat adalah dengan mata. Nafsu bermula dengan mata. Maksiat seorang wanita itu datang daripada sentuhan. Bukan bererti orang perempuan tidak perlu menjaga pandangan.
Bab pandangan mata, kita kena sentiasa ingat apa pun yang terjadi kita pasti akan bersaksi dengan apa yang kita lihat, dengar, pegang dan segala apa yang kita pertontonkan. Maka tidak akan berlepas kerana semuanya adalah dalam pengetahuan Allah SWT.
Konteks zina yang lebih meluas.
Bila sebut zina, ia bukan sekadar bertemu dan buat maksiat. Dalam sebuah hadis al-Bukhari, Nabi berkata, ‘Telah ditetapkan kepada anak Adam ini bahagian daripada perbuatan-perbuatan zina’. Maksudnya Allah SWT sudah kategorikan zina ini kepada beberapa perkara.
Nabi sebut dalam hadis zina terdiri daripada bentuk mata, lisan, pendengaran, perbuatan serta zina kaki yang mana melangkah ke tempat-tempat maksiat. Hawa nafsu sangat menginginkan kita memenuhi semua ini.
Zaman ini walaupun anak-anak kita berada berseorangan di dalam bilik serta tidak bersosial di luar, jangan kita ingat mereka tidak boleh terjebak dengan masalah zina.
Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi, Nabi berkata: ‘Ketahuilah bahawa seorang lelaki dan seorang perempuan itu berdua-duaan melainkan yang ketiganya adalah syaitan’.
Bagaimana untuk saling menjaga batas pergaulan/ikhtilat tanpa perlu melanggar hukum Allah?
Bagusnya garis panduan Islam yang tidak ada pada agama lain adalah umat islam diberikan guidelines. Ikhtilat ini adalah benda yang ada di sekeliling kita. Antara garis panduannya:
- Niat kerana Allah. Mana yang berlebihan jangan kita melampaui batas.
- Kena ada matlamat. Kita berurusan dengan sebab apa? Adakah dengan sebab memaksa atau atas keperluan apa.
- Tidak bersentuhan seperti bertepuk tampar.
- Menutup dan menjaga aurat. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.
- Tolong jaga adab bercakap. Jangan kita melunak-lunakkan suara bagi wanita.
- Asingkan tempat.
- Pastikan berada di bawah kawalan orang yang dipercayai.
Bagaimana para sahabat menjaga ikhtilat di zaman Rasulullah SAW tanpa mencemarkan tujuan kepentingan berdakwah dan menuntut ilmu itu sendiri?
Bila sebut panduan, sudah pasti para sahabat di zaman Rasulullah SAW menjadi contoh ikutan yang terbaik.
Ketika islam mengatakan satu bentuk pengharaman, maka ada syariat yang menghalalkan. Ketika islam melarang zina, maka dibenarkan nikah.
Sesungguhnya pandangan pertama itu adalah hak yang Allah SWT bagi kepada kamu. Adapun pandangan yang kedua adalah dosa ke atas kamu.
Sekiranya kamu ditusuk kepala dengan besi, itu lebih baik bagi kamu daripada kamu memegang sesuatu yang haram.
Sebagai contoh, walaupun sudah bertunang, kita tetap tidak boleh berdua-duaan. Kemudian, tolonglah jaga aurat.
Semoga bermanfaat.
Artikel disediakan oleh penulis wk.com
Rujukan: TV AL-HIJRAH