Blue Women Plants Cute & Quirky Illustrations General Greeting Animated Birthday Social Media Graphic (2)

BELAIAN AGUNG
BUAT SANG HAWA GENERASI MILLENNIA
❄❄❄❄❄❄❄

Ibn Abbas berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الأخوات الأربع مؤمنات: أمّ الفضل، وميمونة، وأسماء وسلمى


Empat beradik perempuan yang beriman: Ummu Fadhl, Maimunah, Asma’ dan Salma.
[HR Zubair bin Bakkar]

Gambar Hiasan : Google

ADIK BERADIK

Mereka adalah adik beradik sahabiah. Ummu Fadhl adalah isteri bapa Saudara Nabi, Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Nama sebenarnya Lubabah binti al-Harith. Maimunah binti al-Harith pula isteri Nabi. Kedua mereka adik beradik kandung.

Asma’ dan Salma binti Umais pula adik beradik seibu dengan Lubabah dan Maimunah. Keempat mereka beriman kepada Rasulullah SAW sebelum hijrah.

KEISLAMAN AL-ABBAS

Gambar Hiasan: Pinterest

Ummu Fadhl adalah wanita kedua beriman selepas Khadijah. Namun suaminya, al-Abbas tidak mahu beriman kerana tidak mahu kedudukannya tergugat sebagai pembesar Quraisy. Tetapi dia tidak memusuhi Nabi SAW.

Al-Abbas tidak mengetahui keislaman isterinya. Ummu Fadhl pula sangat berharap suaminya dapat memeluk Islam sepertinya juga. Orang terawal yang Nabi SAW dakwah turun ayat dakwah kepada keluarga lagi (al-Syu’ara’: 214) adalah bapa saudara sebaya baginda; al-Abbas. Namun kerana kedudukan, beliau menolak Islam.

Sehinggalah pada tahun ke 8 hijrah, ketika sedang bersantai bersama Ummu Fadhl, isterinya itu mula membuka cerita mengenai Rasulullah SAW dan ajarannya. Dengan sentuhan tersendiri, Ummu Fadhl berjaya membawa suaminya untuk berbincang tentang isi dakwah baginda SAW.

Sebelum ini, al-Abbas langsung menolak untuk berbicara mengenainya Islam. Dia betul-betul jahil tentang apa itu Islam. Menolak Islam bukan kerana isi ajarannya, tetapi hanya kerana ia agama lain dari anutan orang Quraisy dan bakal menimbulkan masalah kepada kedudukannya.

Gambar Hiasan : Google

Kebijaksanaan Ummu Fadhl berjaya membuka hati al-Abbas untuk memeluk Islam. Ringkas cerita, dari saat itulah beliau mengajak isterinya untuk memeluk Islam. Ummu Fadhl pantas bersetuju walaupun sebenarnya dia sudah lama Islam.

Keluarlah mereka menuju Madinah. Sampai di Juhfah, mereka bertembung dengan tentera Islam yang sedang menuju Mekah. Umat Islam dalam perjalanan melakukan Fathu Makkah.

Di situ juga, al-Abbas mengucap dua kalimah syahadah disaksikan Nabi SAW. Baginda gembira tak terkata hingga mengalir air mata. Hairan; bagaimana orang yang didakwah selama ini tidak terbuka hati ketika bersamanya, tetapi akhirnya dibuka oleh isteri sendiri.

PENGARUH UMMU FADHL

Gambar Hiasan : Pinterest

Begitulah kita boleh lihat bagaimana hebatnya pengaruh wanita terhadap lelaki. Walaupun melibatkan isu terbesar dalam hidup manusia iaitu akidah pegangan, dan wanita disebut sebagai kurang akal dan agama oleh Nabi (Rujuk Belaian 2), tetapi kelebihan yang ada pada kaum Hawa mampu mempengaruhi apa sahaja.

Wanita harus sedar kekuatan pengaruh mereka terhadap lelaki. Mereka tidak perlu jadi alpha untuk bersaing dengan lelaki. Ia tidak akan mampu menundukkan lelaki malah akan mencabar ego lelaki dan akan menimbulkan masalah lain.

Cukup sekadar menjadi wanita yang memelihara sifat feminin mereka secara semulajadi. Tak perlu try hard. Benda tu dah ada dalam diri masing-masing. Itulah kekuatan wanita yang menjadi kelemahan lelaki.

Cuma jangan salah guna untuk tujuan tak elok pula. Menggoda lelaki untuk matlamat jahat, merosakkan rumah tangga orang lain, membuatkan suami ikut cakap isteri dan sewaktu dengannya.

Kerna pengaruh wanita ini boleh membawa kepada maksiat juga. Ambil ibrah dari kisah godaan Hawa terhadap Adam (Rujuk Belaian 5).

(Alang Ibn Shukrimun)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *