Adam Dan HAWA

BELAIAN AGUNG
BUAT SANG HAWA GENERASI MILLENNIA

Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لولا حواء لم تَخُن أنثى زوجها الدهر”


Kalaulah bukan kerana Hawa sendiri, tak akan berlaku pengkhianatan ke atas Adam selama-lamanya.”
[HR Muslim]

SIAPA KHIANAT SIAPA?

Gambar Hiasan : Google

Hadis ini menjelaskan, kalau bukan kerana pujuk rayu Hawa untuk makan buah di dalam Syurga, nescaya Adam tak akan makan. Adam terpengaruh dengan pujukan Hawa.

Namun hadis ini bukan untuk mempersalahkan Hawa. Maksud khianat di situ menurut Ibn Athir adalah khianat kerana tidak menasihati Adam supaya menjauhi pokok. Tiada maksud lain.

Menurut Ibn Asyur, daripada zahir nas, bukan Hawa yang makan dulu. Mereka makan sama-sama. Cuma Hawa teringin nak makan lalu dipujuk Adam makan bersama, atau Adam makan dulu baru Hawa.

LELAKI MUDAH TEWAS PUJUK RAYU WANITA

Gambar Hiasan: Pinterest

Ini juga menunjukkan lelaki mudah cair dengan pujuk rayu wanita. Bukan tak berani bantah, tapi tak sampai hati. Wanita amat mahir cari soft spot lelaki dan gunakan sebagai senjata bagi memenuhi kehendak mereka.

Benda ni boleh jadi negatif, boleh juga mendorong kepada positif. Contohnya dalam kisah keislaman al-Abbas bapa saudara Nabi SAW. Ummul Fadhl pandai memujuknya sehingga pembesar Quraisy itu tewas dan mengakui kebenaran Islam. Nanti kita bawakan hadis berkenaannya.

Jadi wanita walaupun mereka lemah fizikal, tetapi mereka mampu menewaskan gender yang kuat fizikal dan mentalnya. Rujuk balik hadis Belaian 2.

ROSAKKAN SUAMI MELALUI ISTERI

Gambar Hiasan : Google

Seperkara yang lelaki perlu berjaga juga adalah jarum musuh yang masuk melalui isteri. Perisik atau ejen musuh biasanya akan mempergunakan isteri sama ada untuk mendapatkan maklumat, memujuk suami atau apa sahaja agenda musuh terhadap suami mereka.

Mereka mudah diperdaya. Tanpa sedar, mereka sedang mengkhianati suami dengan menjayakan agenda musuh. Maka baik suami, atau isteri sendiri perlu berjaga-jaga bab ni.

Ramai mana orang kita yang rosak sebab isteri. Kes takut bini satu hal. Kes terlajak sayang pun satu hal juga. Ia dah jadi cara ampuh untuk seorang musuh membunuh karakter seterunya melalui isteri.

Perlu ada pendidikan khusus kepada orang Islam terutama bab risikan, penyusupan dan penyamaran ni. Aspek keselamatan yang ramai orang kita ambil mudah.

(Alang Ibn Shukrimun)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *