Copy Of Purple And White Testimonial Instagram Post – Made With PosterMyWall

“Ustazah macam mana pula dengan suami yang tiada common sense tentang aurat isteri bersama ipar & sepupu?”

“Boleh ke pakai anak tudung semasa berkumpul kerana panas & tidak selesa bertudung?”

Gambar Hiasan : Google

Pertama, isu aurat bukan perkara kecil kerana ia adalah tuntutan Islam. Pendidikan tentang aurat dan fiqh wanita perlu diajar kepada lelaki. Kerana lelaki adalah ketua keluarga yang bertanggungjawab memimpin keluarga meraih redha Allah.

MEMBERI KEFAHAMAN TENTANG SITUASI WANITA YANG SENTIASA PERLU MENJAGA AURAT.

Sebelum berkahwin, saya nasihatkan agar diberi kefahaman kepada lelaki berkenaan aurat wanita.

Kadang-kadang lelaki mereka tidak faham isteri& anak-anak tidak selesa, apabila seharian kena bertudung dan berlengan panjang. Cara menutup aurat antara lelaki dan perempuan juga berbeza.

Jadi suami perlu ada common sense seperti berbincang dengan ibu ayah agar di wujudkan satu sudut/ruang untuk wanita berehat dan membuka tudung apabila berkumpul dengan saudara mara jika bilik tidak cukup. Boleh juga si suami yang bantu bagi kefahaman kepada saudara mara tentang aurat.

SUAMI DAYUS IALAH SUAMI YANG REDHA ISTERINYA MEMBUKA AURAT UNTUK TATAPAN UMUM.

Ada jenis isteri yang ambil mudah berkenaan aurat kerana suami langsung tidak menegur. Contoh apabila berkumpul beramai-ramai bersama sepupu dan ipar, sesetengah wanita hanya memakai “anak tudung” atas alasan panas.

Sumber : Google

Ada juga membuka tudung kerana beranggapan dalam rumah tidak apa-apa untuk buka tudung. Lagipun mereka adalah sepupu yang dikenali sejak kecil. Budaya ini sering dinormalisasikan dalam masyarakat apabila berkumpul bersama saudara mara.

Oleh itu, suami isteri kedua-dua perlu faham, aurat wanita dengan siapa sahaja yang dibolehkan lihat? Jika isteri terlepas pandang, suami perlu menegur.

Gambar Hiasan : Google

Boleh rujuk penerangan tentang perlu ke pakai stoking bila berkumpul sepupu dan ipar di link berikut

  1. Perlu pakai stokin bila bersama ipar duai?
  2. Tips mudah urus aurat

Saya akhiri penulisan ini dengan firman Allah berkaitan perintah menjaga aurat kepada wanita. Moga hati kita sentiasa tersentap apabila menghayati firman ini berkaitan aurat.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu Berjaya” (Surah An-Nur : Ayat 31)

Artikel disediakan oleh Ustazah Asmak Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *