Aplikasi Sugarbook

Panel:

Pn. Mardhiyyah Johari

Peguam Syarie dan Exco Penerangan Ameerah Malaysia

Sekarang ini hampir semua orang mempunyai gajet terutama golongan wanita yang ingin difokuskan pada artikel ini.

Melalui gajet, kita sendiri yang menentukan sama ada menaikkan sendiri maruah kita atau menjatuhkan maruah kita. Nauzibillah.

Kita kaitkan dengan aplikasi-aplikasi dan juga media sosial yang sangat dekat dengan kita.

Isu Sugarbook, Sugarbaby, Sugardaddy merupakan antara aplikasi maksiat yang kita tahu. Belum lagi dekat luar sana yang lagi banyak aplikasi maksiat. Menjadi bukaan mata rakyat Malaysia apabila pada musim PKP adik-adik tidak ada duit dan terjebak dengan masalah ini. Menyebabkan YB Zailah pun terpaksa bersuara berbincang untuk menyelesaikan masalah ini.

Aplikasi Sugarbook dan istilah ‘Paper meet’ ini berkait apabila maruah wanita yang cuba diiklankan dan terlepas di negara kita serta digunakan secara meluas. Kita harap kita dan zuriat keturunan kita tidak terjebak dengan perkara maksiat sebegini.

Soalan Pertama, maruah wanita sekarang ini banyak diperkotak-katikkan. Sedangkan Islam telah menaikkan kehormatan dan juga maruah wanita. Aplikasi-aplikasi yang ada zaman moden ini dikatakan jadi kemudahan untuk para wanita di luar sana bersosial seperti memilih pasangan. Hal ini secara halus telah menggadai maruah wanita dan juga harga diri. Bagaimanakah maruah wanita itu dilindungi dan diangkat menurut perundangan Islam? Insyaa Allah.

Kalau kita lihat soal aplikasi yang menggadaikan maruah wanita serta pelbagai lagi kata-kata, perbuatan dan juga platform yang menggadaikan dan merosakkan maruah wanita ini ada banyak. Apabila kita hendak bercakap dalam sudut Islam, ‘Melindungi maruah wanita’ kita lihat secara menyeluruh bukan hanya aspek kecil semata-mata.

 Kita lihat Islam memberi penekanan kepada masyarakat secara holistik dan juga kepada para lelaki sebagai pemimpin dalam menjaga maruah wanita. Islam tidak hanya memfokuskan amaran kepada wanita sahaja, tetapi Islam ini adalah agama bersifat protective kepada wanita. Islam juga memberikan perlindungan dengan sangat berkesan dengan cara diberi perintah kepada masyarakat secara menyeluruh.

Sebagai contoh, sebelum Rasulullah SAW wafat pergi meninggalkan kita, Rasulullah SAW berpesan dalam khutbah Widak,

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik. Dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

Panjang lagi khutbah baginda dan ini hanya sebahagian. Masyarakat pada masa itu diperintahkan untuk melayan wanita-wanita dengan baik, berlemah-lembut. Seterusnya, kita lihat bagaimana akhlak baginda Rasulullah SAW dengan lelaki yang minta izin kepada nabi untuk berzina.

Perzinaan ini seperti mana yang kita ketahui merosakkan maruah wanita. Pesan Nabi Muhammad SAW, ‘Adakah kamu suka ibu kamu berzina?’ Dan lelaki ini kata, ‘Tak. Saya tak suka.’ Begitu juga dengan orang lain. Orang lain pun tidak suka kamu berzina dengan ibu-ibu mereka.

Kemudian, Rasulullah SAW bertanya lagi. ‘Adakah kamu suka orang berzina dengan puteri-puteri kamu?’ Lelaki ini kata, ‘Saya tak suka.’ Begitu juga orang lain pun tak suka kamu berzina dengan puteri-puteri mereka.

Jadi seterusnya Rasulullah SAW mendoakan lelaki ini. Tetapi, nampak atau tidak Rasulullah SAW memberi peringatan kepada lelaki ini untuk meninggalkan zina iaitu perbuatan yang boleh merosakkan maruah wanita dengan mengingatkan tanggungjawab dia kepada wanita-wanita di bawah tanggungannya. Ibunya, puteri-puterinya. Seterusnya, ada golongan wanita lain.      

Kalau kamu tak suka orang merosakkan maruah keluarga kamu, maka kamu pun tidak boleh buat perkara yang sama kepada wanita lain kerana mereka juga saudara-saudara juga kepada lelaki-lelaki lain.

Peringatan yang Nabi Muhammad SAW berikan kepada masyarakat juga kepada para lelaki yang menjadi pemimpin untuk melidungi maruah wanita. Di samping kita memberikan nasihat kepada wanita untuk melindungi diri mereka supaya tidak menjadi mangsa sehingga menggadaikan maruah, apa yang lebih penting ialah masyarakat yang turut seiring bersikap sebagai pelindung kepada wanita.

Apa pendapat Puan, wanita zaman sekarang yang kelihatan tidak bermaruah sudah menjadi suatu normalisasi dan kebiasaan. Mungkin ini boleh dikatakan sebagai jahiliah moden. Bolehkan puan bantu kami untuk kurangkan apakah faktor yang menyebabkan maruah wanita dipijak-pijak pada masa sekarang?

Saya suka untuk mengajak kita untuk melihat secara meluas. Mungkin pandangan saya agak melawan arus. Bagi saya satu approach atau perbuatan yang tidak boleh adalah sikap yang menyalahkan wanita secara berterus-terusan. Ada sahaja isu yang berlaku, wanita yang akan dikritik dan dihentam. Itulah yang sering diperkatakan.

Bahkan, kalau berlaku kejadian rogol pun, wanita dipersalahkan kerana katanya wanita itu tidak menutup aurat dengan baik dan sebagainya. Padahal kita kena lihat perkara ini secara menyeluruh. Kalau kita hendak mempertahankan maruah wanita, kita kena lihat secara menyeluruh. Kita tidak boleh petik sana, petik sini dan kita mengharapkan masalah ini selesai. Ia tidak akan berlaku.

Seperti yang saya katakan tadi tidak berjaya apabila wanita sering kali dipersalahkan apabila setiap kali berlaku perbuatan yang menggadaikan maruah sama ada secara paksa ataupun rela. Sebab itu, kalau kita hendak bercakap mengenai system perlindungan wanita ini, penguatkuasaan undang-undang kena seiring kepada mangsa.

Kalau kita sekadar mengkritik perempuan setiap kali berlaku perkara sebegini sebagai contoh Sugarbook. Kita lihat ramai yang tidak mengkritik SugarDaddy yang kaya raya ini. Ramai yang hentam wanita seperti, ‘Apalah cari duit secara mudah, tidak ada maruah itu semua. Tetapi sugardaddy ini yang ditangannya ada duit beratus-ratus ribu kalau kita lihat pada laporan media mereka temubual pengasas ‘Sugarbook’ ini sebulan purata pendatan RM 150 Ribu. Mereka mampu untuk manjakan SugarBaby ini dengan segala macam kemewahan dan mereka tidak perlu bertanggung jawab pun dengan apa-apa tanggungjawab.

Gambar Hiasan : Pinterest

Jadi sekarang ini, kita kalau nak mengecam dan nak melihat kesalahan itu, kita kena lihat kesalahan itu secara adil. So sekarang ini bukan salah Sugarbaby sahaja, tetapi Sugardaddy juga tetap perlu dipersalahkan.

Kalau kita nak kuatkuasakan undang-undang kepada Sugarbaby, kita kena buat perkara yang sama terhadap Sugardaddy. Barulah perkara itu dapat dicegah. Salah satu analogi, kalau kita hendak cegah kecurian, Katakan kita letak amaran kepada orang ramai untuk menjaga barang berharga. Jangan letak barang berharga dekat tempat yang tidak selamat. Simpan barang berharga anda baik-baik. Nanti kalau kena curi, tiada siapa boleh tolong kan?

Tapi dalam masa yang sama, apabila berlaku kecurian, kita tidak ambil Tindakan yang tegas kepada pencuri. Adakah masalah kecurian boleh dikurangkan? Boleh diselesaikan? Tak boleh. Maksud dekat sini di samping kita bagi nasihat untuk semua orang untuk menjaga barang berharga masing-masing. Dalam masa yang sama tindakan tegas perlu diambil terhadap pencuri untuk pengajaran kepadanya dan sebagai pencegahan kepada bakal-bakal pencuri.

Sumber Gambar : Google

Sama juga dalam isu aplikasi-aplikasi atau platform-platform yang bersifat pelacuran kelas atasan. Jika kecaman diberikan tetapi usaha dilakukan untuk menyelamatkan Sugarbaby semata-mata, tanpa ada pelaksanaan undang-undang yang tegas untuk menghentikan aplikasi-aplikasi ini, untuk menghukum sebagai pengajaran dan hukuman kepada dalang-dalang di sebalik platform ini termasuklah juga segala Sugardaddy-Sugardaddy yang banyak duit itu, sudah pasti akan sukar untuk diselesaikan. Ia mesti seiring.

Kalau sekiranya kita kenal individu-individu yang terjerumus ke dalam platform-platform yang boleh menggadaikan maruah ini, ataupun mungkin anda sendiri yang terlibat, saya sarankan supaya berhenti serta-merta. Privatekan semua akaun Social media anda supaya gambar dan juga maklumat peribadi anda tidak akan disalah gunakan oleh mereka yang mempunyai niat yang tidak baik.

Seterusnya, jika anda rasa terancam, mungkin sudah terlajak berhubungan dengan Sugardaddy dan rasa terancam untuk berhenti, maka buat laporan polis. Anda perlu lindungi diri anda sendiri secepat yang mungkin dan kemudian dalam sudut agamanya buatlah solat sunat taubat dan buat solat hajat mohon perlindungan kepada Allah SWT.

Gambar Hiasan : Pinterest

Kalau kita nak membantu orang. Mungkin si dia tidak mahu lagi berubah mungkin disebabkan kesan hidup mewah. Apakah kaedah kitab oleh gunakan untuk membantu mereka agar kembali ke pangkal jalan?

Mereka yang terlibat sebagai Sugarbaby ini mendapat pendapatan dalam RM 2500 sebulan. Mungkin mewah bagi sebahagian orang, walaupun sebenarnya dengan RM 2500 dengan maruah yang hilang sebenarnya langsung tidak setimpal. Sugardaddy nya berpendapatan RM 150 Ribu sebulan.

Cuba kita nasihatkan, sekiranya kita boleh mendekati mereka. Kita tinggalkan pendekatan yang kasar sebab kita percaya bahawa kelompok seperti ini tidak akan mendengar kalau kita bersikap kasar kepada mereka. Cuba bawa mereka untuk berfikir secara logik dan rasional. Yang pertamanya, Sugardaddy ini mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan jika sekiranya mengandung dan sebagainya. Janganlah kita anggap hubungan Sugarbaby Sugardaddy ini setakat bertukar hadiah, memang tidaklah. Ia memang akan ke arah eksterimnya sehingga wanita itu kehilangan maruah, sehingga ke hubungan seksual.

Kalau berlaku apa-apa, bagaimana anda hendak membuat tuntutan terhadap Sugardaddy ini memandangkan anda tidak ada sebarang ikatan nikah yang sah. Yang kedua, cuba bayangkan risiko sekiranya Sugardaddy ini seorang Psikopath yang ada masalah imaginasi liar. Then, mereka implement imginasi-imaginasi berbahaya ini kepada Sugarbaby.

Sebab ada satu laporan berita, seorang pelacur mati di tangan pelanggannya sebab pelanggannya ini ada imaginasi-imaginasi liar berbahaya dan buat padanya. Tujuan dia jadi pelacur adalah untuk mendapatkan duit. Tetapi apa yang terjadi, duit pun tidak dapat, maruah pun tergadai, nyawa pun hilang.

Sekarang ini Sugarbaby yang menyerahkan diri mereka kepada Sugardaddy tidak ada jaminan bahawa diri mereka akan terjaga. Sebenarnya risiko berbahaya jauh lebih tinggi menanti.

Semoga bermanfaat.

Artikel telah ditulis oleh penulis wk.com

Artikel asal boleh ke link Page Ameerah Pulau Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *