Luhur – Made With PosterMyWall

Perkataan tata kelola baik atau pentadbiran baik mula dipopularkan bank dunia pada tahun1989 melalui corong institusi kewangan. Kemudian, dikembangkan dalam sektor korporat hinggalah kepada pentadbiran kerajaan.

Namun, tata kelola baik ini agak kurang rancak di dalam dunia islam. Realitinya apabila kita melihat indeks tata kelola dunia, negara islam berada di carta tercorot berbanding negara-negara lain. Persoalannya, kenapa pentadbiran islam jadi begini? Adakah islam tidak mengajar tentang cara-cara mentadbir? Ataupun orang islam sendiri tidak yakin dengan sistem islam?

Sumber Gambar : Pinterest

Apa yang dimaksudkan dengan pentadbiran yang baik, urus tadbir yang baik dan perkaitannya dengan Siyasah syar’iyyah?

Siyasah syar’iyyah ini adalah jaga agama dan mengurus negara dengan agama. Kedua, ilmu untuk menjaga kemaslahatan rakyat oleh pemimpin.  Manakala yang ketiga, kuasa keutamaan untuk ajak orang kepada baik dan tinggalkan tidak baik.

Gambar Hiasan: Freepik

Apa dimensi  siyasah syar’iyyah dalam pentadbiran negara? Adakah good government ini hanya terkandung dalam buku-buku akademik, tetapi sukar untuk dilaksanakan? Apakah sudut pandang kaca mata siyasah syar’iyyah dalam sudut pandang sebagai pentadbir?

Urus tadbir rabbani sangat sesuai. Bila diterjemahkan di dalam konteks Fiqh Siyasah syar’iyyah, ia menjadi lebih menarik.

Kemudian, Kelantan menggunakan Konsep U.M.I yang sudah lama diperkenalkan dalam pentadbiran dan sangat berguna untuk sistem pentadbiran di seluruh dunia. Ubudiyyah, Mas’uiyyah dan Itqan (UMI).

  • Ubudiyyah. Pentadbiran adalah satu pengabdian diri kita kepada Allah S.W.T.
  • Mas’uliyyah. Kebertanggungjawaban. Apa jua yang kamu kerjakan itu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah S.W.T.
  • Itqan. Allah S.W.T menyukai seseorang daripada kamu apabila melakukan sesuatu amalan, kamu melaksanakannya dengan kualiti terbaik.

Dalam islam, bukan sekadar pemimpin yang perlu menitikberatkan hal ini. Tetapi, semua terlibat. Bagaimanakah urus tadbir islam yang baik?

Setiap jiwa itu pasti menemui kematian. Dan kamu akan ditanya tentang setiap amalan yang telah kamu kerjakan. Siapakah orang yang berjaya? Mereka adalah yang diselamatkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

KPI, Benchmark yang terbaik bagi di setiap urus tadbir yang berlaku di dunia ini adalah sesiapa yang dapat menjadikan gerak kerja tadbirannya itu menyelamatkannya daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Dalam apa jua gerak kerja yang dilaksanakan  sudah pasti kita lihat apakah neracanya dalam islam sama ada ianya baik atau tidak baik, Ia haram atau halal. Ia makrukh atau harus. Maka, di situlah kita dapat lihat ke mana ia menjurus sama ada jalan syurga ataupun jalan neraka.

Apa perbezaan paling besar antara urus tadbir konvensional dengan urus tadbir islam?

Sentiasalah memperingatkan antara satu sama lain. Pesan kepada anak-anak dan orang sekeliling. Ini adalah amanah yang tidak hanya akan dipertanggungjawabkan di dunia, bahkan, juga di akhirat. Bila berjaya mendapatkan pekerjaan, semua benda boleh dapat. Tetapi, jangan sesekali lupakan Allah S.W.T. Niatlah kerana Allah agar ia dikira sebagai amal ibadat.

Dalam pentadbiran barat, mereka nyatakan integriti, akauntibiliti dan sebagainya. Tetapi, islam menekankan niat . Ada niat bekerja untuk taat kepada Allah. Cerita pentadbiran jadi ibadah ini hanya ada dalam agama islam.

Kadang-kadang ada orang melihat pentadbiran islam ini sebagai jumud dan selama ini seakan-akan asing dalam islam. Apakah antara contoh-contoh pentadbiran di dalam sirah-sirah nabi?

Urus tadbir dalam islam adalah sangat meluas. Antaranya, contoh tauladan yang dilaksanakan oleh Nabi Sulaiman a.s dalam surah An-Naml yang menunjukkan keprihatinan seorang penguasa terhadap rakyat di dalam urus tadbir Nabi Sulaiman a.s.

Sebagai contoh, disebut dalam al-Quran, Nabi Sulaiman mengumpulkan seluruh tentera-tenteranya yang terdiri daripada pelbagai makhluk seperti jin, manusia dan lain-lain seperti burung-burung. Ketika sampai satu tempat, Nabi Sulaiman berhenti sekejap kerana terdengar bagaimana seekor semut berkata kepada semut-semut yang lain agar segera masuk ke dalam rumah supaya tidak dipijak oleh Nabi Sulaiman a.s.

Nabi Sulaiman a.s berhenti dan tertawa. Di sini menunjukkan keprihatinan sebagai pentadbir sehingga memberi laluan kepada semut yang merupakan rakyatnya pada ketika itu. Selain itu, kisah bagaimana Nabi Sulaiman a.s mengumpulkan burung-burung yang begitu banyak, tetapi Nabi Sulaiman tahu ada seekor burung yang tidak datang iaitu seekor burung Hud-hud.

Dalam pentadbiran Nabi Muhammad S.A.W pun begitu juga. Nabi sering kali memberi pesanan. Ada hadis yang menyebut nabi berkata kepada wanita agar sentiasa beristighfar. Nabi berpesan kepada kanak-kanak dan ramai lagi menunjukkan bagaimana nabi meraikan rakyatnya atau orang yang didakwahnya.

Kalau ini diaplikasikan, Insya-Allah seluruh rakyat akan merasakan ketenangan dan sama-sama mendapat manfaatnya.

Bila sebut urus tabir, kita akan sebut amanah. Bahasa moden disebut integriti. Apakah kepentingan amanah ini ada di dalam pentabiran? Kalau amanah ini dipegang oleh orang-orang yang tidak menghayati amanah, apakah kesannya kepada agama dan negara?

Gambar Hiasan : Freepik

Kesan apabila amanah tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin antaranya:

  • Menghancurkan keadilan dalam sesebuah negara.
  • Melahirkan masyarakat yang sudah miskin kemahiran.
  • Munculnya masyarakat yang pentingkan diri sendiri. Maksudnya tidak kisah apa sahaja yang menimpa orang lain asalkan dia dapat berada di tempat yang paling atas.
  • Menatijahkan hasil kerja yang buruk. Tidak akan ada lagi keutamaan kualiti kerja. Jalan tar sebagai contoh yang sepatutnya tinggi 5 inci menjadi 2 inci.
  • Kos pengurusan akan meningkat.
  • Pentadbiran menjadi lambat dan kucar-kacir.
  • Bertambahnya orang jahat yang bertambah jahat.
  • Pembahagian kekayaan yang tidak seimbang.

Peraturan manusia tidak boleh mengawal manusia. Apa yang boleh mengawal manusia adalah peraturan Allah S.W.T. Kita bimbang sekiranya budaya ini kian membarah, negara ini boleh runtuh.

Kesimpulannya,

Allah S.W.T telah berfirman, ‘Katakanlah. Bekerjalah kamu. Nescaya amalan kamu akan dinilai oleh Allah S.W.T. Dan ingatlah pada akhirnya, ketahuilah suatu hari nanti kamu akan dikembalikan kepada Allah S.W.T.

Harapan dan impian semoga pentadbiran kita memenuhi ciri-ciri 4T.

  • Takut kepada Allah S.W.T.
  • Tawakkal dan bergantung harap kepada Allah S.W.T.
  • Tadarruj iaitu beransur-ansur untuk memahamkan manusia. Kita tidak boleh melaksanakan semua polisi yang kita hendak dalam satu masa sahaja. Control room tidak dibina dalam satu malam sahaja. Kata-kata yang masyur. Menunjukkan di sana adanya proses pembelajaran yang perlu untuk dilaksanakan. Tambahan pula masyarakat kita terdiri daripada masyarakat majmuk, tentu kadang-kadang nilai islam ini mengambil masa supaya dapat dilaksanakan.
  • Taubat kepada Allah S.W.T.

Semoga dapat dijadikan pedoman hidup dan bermanfaat.

Artikel telah disediakan oleh penulis wk.com

Tonton live di Forum Perdana Ehwal Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *