Lazuli Real Estate (5)

WANITA IALAH PENTADBIR HAL EHWAL RUMAH TANGGA                   

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Dari Ibnu Umar radliallahu ‘anhuma, dari Nabi SAW bersabda:
Setiap kita adalah pemimpin. Setiap kita akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas yang dipimpinnya.”

HR Bukhari No: 4801
Status Hadis: Sahih

Islam sangat mengiktiraf peranan wanita dalam keluarga.
Dalam kelompok yang kecil ini, kita juga diberikan kedudukan sebagai pemimpin dalam rumahtangga.

DI MANAKAH KEKUATAN KHADIJAH BINTI KHUWAILID ?

Dalam hati Khadijah, dia mencintai suaminya bukan kerana suaminya seorang nabi.

Dia mencintai dan memilih Rasulullah sebagai seorang suami tatkala Rasulullah tidak ada kedudukan seorang nabi.
Dia menjadi isteri yang setia ketika Rasulullah tidak ada apa-apa.
Dia mencintai Rasulullah walaupun setelah dilantik menjadi seorang nabi.

Bukan kerana baginda seorang nabi, tetapi kerana itu adalah perintah daripada Allah SWT.

Sumber : fb ukekwa

SUAMI SEBAGAI SALAH SATU UJIAN ALLAH SWT

Wahai para wanita sekalian, sekiranya kita melihat suami kita dengan tiada sebab untuk kita hormatinya, ingatlah, mungkin melalui suami kita yang tidak bertanggungjawab, Allah sedang menguji kita.

Mungkin Allah uji kita dengan seorang suami yang tidak solat.

Mungkin Allah uji kita dengan seorang yang baran dan sebagainya.

Ini tingkatan sabar yang lebih tinggi yang Allah ingin berikan kepada kita kerana ketika itu, ketaatan kita kepada suami dalam keadaan suami tidak layak untuk dimuliakan, kita taat kepada suami kerana Allah SWT.

Sebab manusia seperti kita sangat lemah. Kadang-kadang, kita taat kepada suami kerana kedudukan, kerajinan dan kebaikannya.

Mudah-mudahan kita mampu taat kepada suami, serta jaga dan jadikan tanggungjawab kita sebagai isteri dan ibu adalah ladang pahala yang paling besar, sehingga di akhirat kelak, kita rasa bersyukur.

Bersyukur kerana Allah uji kita berjauhan dengan suami, bersyukur dengan kematian suami dan bersyukur dengan berpisah dengan seorang suami.

SALAM DARI ALLAH DAN PARA MALAIKAT BAGI ORANG YANG SABAR

Suatu ketika nanti, kita akan sangat puas dengan apa yang Allah beri dan kita akan sangat redha ketika di syurga kelak.

Sehingga, in shaa Allah, suatu hari nanti kita akan terima satu salam yang istimewa daripada Allah dan para malaikatNya. Disebutkan Firman Allah dalam al-Quran :
Apabila masuk orang-orang yang sabar ke dalam syurga, lalu berdirilah para malaikat di setiap penjuru syurga, dan Allah dan para malaikat akan mengucapkan satu salam,

سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُم بِمَا صَبَرۡتُمۡ‌ۚ فَنِعۡمَ عُقۡبَى ٱلدَّارِ

“(Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.” (Quran, surah ar-Ra’d: 24)

Kamu sabar mendidik anak-anak kamu keseorangan, kamu sabar berjauhan dengan suami, kamu sabar tatkala diuji dengan suami dan anak-anak. Himpunan sabar inilah yang akan menjadi laluan yang paling utama ke syurga Allah SWT.

“Sesungguhnya pahala sabar tidak ada batasnya”

BAGAIMANA UNTUK KITA MENJADI SEORANG WANITA YANG SABAR?

Kita perlu ada amalan-amalan yang istiqamah. Barulah ia menjadi manis.

Amalkan zikir secara konsisten, istiqamah dan disiplin. Jangan hanya apabila kita diuji dan rasa sedih, baru kita mencari kekuatan.

Milikilah hati yang kuat sebelum rasa sedih dan ujian itu datang.

Artikel ini dipetik dari sesi ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Asma’ Harun bertajuk “Bicara Agar Dirimu Semulia Khadijah” untuk program Hari Sayyidatina Khadijah 2019

Sumber : KelantanTV

Disediakan Oleh Siti Zulwani Rosli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *