Wanita Solehah Hari Ini – Made With PosterMyWall

Saya sering mendengar sesetengah pihak mengatakan jika kita nak ukur kesolehan seseorang wanita, dia mestilah berkahwin dahulu, kerana di alam perkahwinan kita akan diuji dengan kesabaran yang tinggi dalam menguruskan anak-anak & suami yang pelbagai ragam. Besar pahala menanti wanita jika mereka sudah berumah tangga.

Gambar Hiasan : Pinterest

Namun begitu bagaimana dengan wanita yang belum direzekikan berkahwin? Adakah mereka ini tidak dapat diukur kesolehannya?

Para ulama sering mengaitkan wanita solehah dengan seorang isteri untuk memberi galakan tentang pemilihan jodoh yang baik-baik dan pembentukan isteri solehah.

Namun begitu, tidak semestinya solehah diperolehi dengan jalan perkahwinan semata-mata.

Allah menyenaraikan di dalam Al Quran Surah Al-Ahzab ayat 35 tentang ciri-ciri wanita solehah:

اِنَّ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمٰتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنٰتِ وَالْقٰنِتِيْنَ وَالْقٰنِتٰتِ وَالصّٰدِقِيْنَ وَالصّٰدِقٰتِ وَالصّٰبِرِيْنَ وَالصّٰبِرٰتِ وَالْخٰشِعِيْنَ وَالْخٰشِعٰتِ وَالْمُتَصَدِّقِيْنَ وَالْمُتَصَدِّقٰتِ وَالصَّاۤىِٕمِيْنَ وَالصّٰۤىِٕمٰتِ وَالْحٰفِظِيْنَ فُرُوْجَهُمْ وَالْحٰفِظٰتِ وَالذَّاكِرِيْنَ اللّٰهَ كَثِيْرًا وَّالذَّاكِرٰتِ اَعَدَّ اللّٰهُ لَهُمْ مَّغْفِرَةً وَّاَجْرًا عَظِيْمًا

Sungguh, laki-laki dan perempuan muslim, laki-laki dan perempuan mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

Surah Al-Ahzab : 35

Ciri-ciri wanita solehah

1) Wanita yang yang istiqamah dalam ketaatannya.
2) Wanita yang benar
3) Wanita yang sabar
4) Wanita yang khusyuk
5) Wanita yang bersedekah
6) Wanita yang berpuasa
7) Wanita yang memelihara kehormatannya
8) Wanita yang banyak menyebut (nama) Allah


Berdasarkan ayat di atas, Allah menyebut secara umum tentang ciri hamba yang solehah tanpa dikhususkan kepada isteri semata-mata.

Gambar Hiasan : Pinterest

Badiuzzaman Said Nursi dalam risalah An-nur pernah memuji lelaki & wanita yang tidak sempat berkahwin kerana sibuk dengan perjuangan Islam.

Sumber Gambar : Google

👉Contohnya Imam Nawawi tidak sempat berkahwin kerana sibuk menuntut ilmu dan mengajarkan ilmu hingga akhir hayatnya.

👉Maryam ibu Nabi Isa wanita yang dimuliakan Allah hingga nama dan kisahnya diangkat di dalam Al Quran. Maryam juga seorang wanita yang tidak berkahwin, adakah Maryam dikira tidak solehah?

Oleh itu, jangan bersedih wahai wanita yang masih menunggu jodoh kerana syurga tetap milikmu selagi istiqamah atas jalan Allah.

Artikel disediakan oleh Ustazah Asmak Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *