Suri Rumah Jana Pendapatan

Anda suri rumah? Ingin bergaya tetapi tidak tahu? Ada masalah memilih produk kosmetik? Ingin menambah pendapatan keluarga tetapi tidak tahu mana hendak mula?

Gambar Hiasan : Google

Apa itu dropship?

Dropship merupakan satu bentuk business yang dijalankan tanpa pakai modal. Perniagaan jenis ini boleh dijalankan di mana-mana meskipun hanya berada di rumah. Dropship bawah sikit daripada ejen. Ejen kita perlu pakai duit dan memerlukan modal.

Sumber : Google

Dropship juga kita hanya perlu mengumpulkan bahan-bahan marketing misalnya order business seperti gambar, video untuk disebarkan kepada kawan-kawan kita. Dengan erti kata lain sebarkan dan promote kepada target customers. Target customers boleh jadi ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan kita.

Medium yang diguna untuk sebar luaskan boleh jadi Instagram, Facebook, Tik tok dan banyak lagi. Setelah berjaya mendapat order, ejen akan post atau deliver barangan tersebut. Jadi, ejen akan bagi keuntungan hasil dari jualan tadi kepada kita.

Jangan terkejut sekiranya anda berjaya kekal konsisten, keuntungan pendapatan yang diperoleh sangat lumayan. Insya-Allah.

Gambar Hiasan : Google

Bagaimana mahu menjadi dropship?

Tipsnya

  1. Perlu ada smartphone.
  2. Perlu ada internet.
  3. Cari produk yang paling laris dan trending. Kita just jual produk itu sebab owner sudah pasti sudah mempunyai ready stocks yang banyak.
  4. Kita cuma teruskan promosi.
  5. Pilih produk yang mana orang terdekat suka beli. Produk boleh jadi bentuk makanan, kosmetik, pakaian dan macam-macam.
  6. Jangan ikut minat kita sahaja dalam memilih produk. Tetapi, lihat kepada pasaran semasa.
  7. Paling penting tengok produk tersebut marketing kuat atau tidak.
Gambar Hiasan : Google

Insya-Allah, nanti apabila sudah berjaya, ubah untuk target menjadi ejen dan seterusnya stokis.

Perbezaan antara ejen dengan stokis?

Ejen biasanya permulaan menggunakan modal Rm 400 hingga Rm 500 misalnya untuk beli produk tersebut. Dropship yang tadi tidak perlu beli produk. Stokis ini pula setelah kita jadi ejen. Apabila sertai stokis, untungnya lebih besar. Untung dropship paling rendah berbanding ejen.

Macam mana mahu kenalpasti sesuatu produk itu baik dari segi marketing atau tidak?

Cuba sertai satu group berkaitan. Banyakkan bertanya. Buat masa permulaan, fokus hanya kepada satu-satu produk dahulu. Jangan pula kita rasa hendak cepat kaya. Kalau boleh beli dahulu 2-3 set produk dekat rumah, barulah kita mudah untuk jual, selfie dengan produk. Jangan hangat-hangat tahi ayam.

Ada ke kelas atau kursus untuk memahirkan diri sebelum jadi dropship?

Bila kita sudah ada kemahuan untuk menjadi dropship, kita akan jumpa ejen. Ejen pula akan masukkan kita di dalam kumpulan-kumpulan khas untuk bantu kita. Ejen juga ada kaki dekat stokis. Manakala, stokis yang belajar direct dengan bos dan ajar kita. Maka, kita pun akan berjaya lompat ke stage seterusnya dan akhirnya boleh jumpa owner.

Semoga sedikit sebanyak artikel ini dapat membantu kita semua terutama suri rumah untuk dapat sama-sama menjana pendapatan. Insya-Allah.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *