Pokai. Selepas Raya

Perbelanjaan yang dilaksanakan tanpa mengikut perancangan yang telah ditetapkan pastinya akan membawa kita terjerumus kepada masalah kewangan terutama sekali pada musim perayaan. Hal ini kerana, kadar perbelanjaan terutamanya pada musim perayaan pastinya berlipat kali ganda.

Gambar Hiasan : Google

Apakah kaedah atau budaya berbelanja sepanjang fasa pandemik dan juga selepas pandemik?

Alhamdulillah tahun 2022 ini, Syawal kita dapat sama-sama rayakan lebih baik berbanding ketika kita di fasa pandemik. Perbandingan menyambut raya antara semasa pandemik dengan fasa endemik antaranya:

Fasa pandemik

Gambar Hiasan : Google
  1. Kos perbelanjaan untuk syawal adalah dalam keadaan minima. Sebagai contoh, kos petrol dan tol tidak ada.
  2. Tidak ada rumah terbuka.
  3. Tidak ada tetamu yang hadir atau hanya dalam jumlah yang sedikit sahaja.
  4. Baju raya sepasang sudah sangat cukup jika dibandingkan dengan segelintir orang yang banyak pasang.
  5. Duit raya tidak perlu disediakan memandangkan kita juga tidak pergi berkunjung ke rumah lain.

Fasa endemik

Gambar Hiasan : Google
  1. Perbelanjaan melonjak berlipat kali ganda terutama hendak balik kampung perlu melalui tol dan memerlukan petrol.
  2. Bukan setakat balik kampung, tetapi turut berkunjung ke rumah sanak-saudara di seluruh pelusuk tanah air.
  3. Pastinya mahu bagi duit raya kepada kanak-kanak.
  4. Mereka yang berhajat buat rumah terbuka juga memerlukan bajet yang besar.
  5. Baju raya terutama bagi yang mempunyai anak-anak yang semakin membesar.
  6. Bonus raya dapat awal. Semakin cepat dapat, semakin cepat habis.

Kajian mendapati 655 responden bagi melihat corak perbelanjaan mendapati 79 peratus pengguna yang menggunakan bajet untuk persediaan Syawal kali ini. Merancang kewangan sangat penting. Namun masih ada yang hanya sekadar merancang, tetapi masih berbelanja lebih juga.

Gambar Hiasan : Google

Perancangan kewangan masayarakat di Malaysia memang masih sangat lemah. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) 2020 mengatakan bahawa 82 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk simpanan kecemasan selama 2 bulan.

Maknanya, simpanan sudah habis sebelum mencapai tempoh 2 bulan. Mungkin mereka terdesak dan alami panic buying bagi mendapatkan barangan yang dikehendaki dalam kadar segera. Satu lagi faktor mahu mengikut trend semasa tanpa memikirkan diri dalam keadaan mampu atau tidak semata-mata hendak bersaing dengan orang lain.

Di tambah pula dengan berita wang KWSP boleh dikeluarkan sejumlah Rm 10000. Tetapi, perlu ingat duit itu sebenarnya adalah untuk persaraan dan masa depan serta saat-saat kecemasan.

Kemudian, faktor jualan murah yang diiklankan terutamanya pada musim perayaan. Sebelum mahu merancakkan ekonomi negara, lihatlah ekonomi sendiri sama ada dalam keadaan rancak ataupun lemah.

Kemudian ada juga yang sanggup berhutang hanya kerana mahu memenuhi nafsu membeli.

Punca utama kadar kebocoron kewangan boleh berlaku kepada masyarakat

  1. Kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat kita mengenai kepentingan perancangan kewangan.
  2. Tidak tahu mengenai fiqh awlawiyat ataupun fiqh keutamaan. Apa priority understanding?

Bagaimana mahu memberi kesedaran mengenai kepentingan perlunya perancangan kewangan bukan setakat semasa musim perayaan sahaja?

Gambar Hiasan : Google

Antaranya, kita perlu berjumpa dengan perunding atau pakar kewangan. Perlu jumpa orang-orang yang berkredibiliti dan bertauliah untuk memberikan khidmat nasihat yang sewajarnya untuk lebih tahu bagaimana mahu menguruskan kewangan dengan lebih baik.

Sebenarnya, kesedaran mengenai apa maksud raya Aidilfitri juga agak kurang difahami oleh masyarakat kita. Maksud Aidilfitri adalah kembali kepada fitrah dan kemenangan selepas kita berjaya mengharungi Ramadan selama sebulan dalam kita melawan hawa nafsu.

Jadi, sifat membazir yang hadir telah lari dari makna Aidilfitri itu sendiri iaitu kembali kepada fitrah. Sebenarnya, Aidilfitri itu sendiri adalah masa untuk kita membesarkan Allah S.W.T. Sebab itulah kita dikehendaki bertakbir raya sebanyak-banyaknya pada malam dan pagi raya.

So, masih ramai yang belum sedar akan hakikat sambutan hari raya Aidilfitri itu sendiri.

Syair arab ada menyebut:

Bukan hari raya itu memakai pakaian dan perabot serba baru, tetapi untuk orang yang beriman hari raya adalah bila kita berjaya menambahkan keimanan.

Apa indikator untuk mengatasi masalah pengurusan kewangan?

  1. Berapa jumlah simpanan yang kita berjaya buat setiap bulan berbanding dengan pendapatan kita. Nisbah simpanan sihat adalah 20 peratus ke atas. Kalau kita tidak dapat simpan 20 peratus, maknanya itu adalah tanda kewangan kita yang kurang sihat.
  2. Kita perlu ada dana kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan. Termasuk untuk dana kecemasan.
  3. Perlu ada plan penggantian pendapatan. Maksudnya, sekiranya kita hilang pekerjaan disebabkan kita sakit atau hilang upaya, di mana kita perlu mencari duit untuk meneruskan kelangsungan hidup lebih-lebih lagi sekiranya kita adalah yang utama mencari nafkah dalam keluarga. Dalam masa yang sama plan ini boleh menggantikan kita terutama waktu kita meninggal dunia bagi membantu keluarga kita meneruskan kehidupan.
  4. Nisbah liability dan juga aset. Maksudnya, jumlah hutang kita sekiranya melebihi 50 peratus dari aset yang dimiliki menunjukkan pengurusan kewangan kita tidak sihat. Jumlah hutang kita mesti kurang daripada 50 peratus dari jumlah aset kita.
  5. Nisbah aset cair kepada nisbah aset bersih. Maksud nilai aset bersih adalah setelah ditolak dengan hutang, Manakala, nilai aset cair membawa maksud wang tunai atau hampir tunai. Hampir tunai contohnya dalam tabung haji, emas dan banyak lagi.

Kesimpulannya

Gambar Hiasan : Google

Seandainya kita semua mendapati kadar kesihatan kewangan tidak sihat, inilah masanya untuk memulihkannya.

Pertama, perlu Kembali kepada peraturan asas iaitu ‘Ukur baju di badan sendiri’. Kita perlu ada Cash flow atau aliran tunai (Cash) agar kita tahu perbelanjaan kita tidak melebihi pendapatan. Di samping itu masih ada lebihan untuk disimpan.

Sekiranya mendapati kewangan kita agak kurang dapat menampung perbelanjaan, mungkin kita boleh buat kerja tambahan seperti food rider, grab dan banyak lagi.

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Dalam al-Quran dalam surah yusuf ayat 43, Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:

‘Raja telah berkata aku telah bermimpi melihat 7 ekor sapi betina kurus telah memakan 7 ekor sapi betina yang gemuk, 7 tangkai gandum hijau dan 7 tangkai gandum yang kering’. So waktu ini raja yang dimaksudkan adalah dari Mesir. Bila raja bertanya kepada semua para pegawai, namun tiada seorang pun yang boleh mentafsirkan mimpi tersebut.

Salah seorang daripada mereka lalu mengatakan banduan di dalam penjara yang boleh mentafsir mimpi iaitu Nabi Yusuf a.s.  Lalu, Nabi Yusuf a.s dibawa keluar untuk diminta mentafsirkan mimpi raja tersebut.

Baginda mengatakan bahawa akan berlaku 7 tahun subur dan diikuti dengan 7 tahun kemarau. Hal ini menunjukkan semua tanaman tidak menjadi mengakibatkan haiwan ternakan mati.

Gambar Hiasan : Google

Jadi, dalam masa 7 tahun yang subur ini, tindakan adalah untuk menyimpan demi menampung 7 tahun yang dikatakan akan mengalami musim kemarau itu. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara.

Kemudian, jangan terpedaya dengan pelaburan-pelaburan yang menjanjikan pulangan yang luar biasa, cepat dan tinggi. Itu namanya skim cepat kaya ataupun Scam.

Moga sedikit sebanyak dapat dipraktikkan.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *