Copy Of Try

Awal Muharram atau dikenali sebagai Maal Hijrah merupakan tahun baru bagi kalendar islam iaitu kalendar hijri. Sambutan maal hijrah bagi tahun 2024M atau 1446H dengan bertemakan “Perpaduan Teras Malaysia Madani” jatuh pada 1 Muharram bersamaan 7 Julai tahun Miladi.

        Bulan muharram merupakan bulan kedua selepas bulan Ramadhan yang disebut sebagai bulan suci dimana umat islam dilarang malah diharamkan untuk berperang. Perperangan yang berlaku pada bulan suci dipanggil sebagai perang fijar yang membawa maksud durhaka dan suatu yang tidak baik kerana telah mencabul perjanjian suci.

        Awal muharram merupakan peristiwa penting bagi umat islam diseluruh dunia termasuk Malaysia sebagai memperingati peristiwa penghijarahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Daripada Abu Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya:

“Aku telah bermimpi bahawa sesungguhnya aku berhijrah dari kota Makkah menuju ke suatu tempat yang ada pohon kurma padanya. Lalu aku mengira tempat itu ialah adalah al-Yamamah atau Hajr. Akan tetapi, ia sebenarnya adalah Yathrib (Nama lama bagi kota Madinah).”

[Riwayat al-Bukhari (3622)]

        Bulan muharram juga merupakan bulan berlakunya peristiwa dimana kaum Muhajirin dan Ansar dipersaudarakan. Sifat perkauman ditanah Arab berjaya dilenturkan oleh Rasulullah SAW melalui sifat keperibadian baginda yang bertamadun sehingga berjaya melembutkan hati kedua-dua belah pihak. Penghijarahan ini Berjaya memberi impak yang besar kepada pembangunan kota Mekah.

        Setiap peristiwa yang berlaku terutamanya pada bulan Muharram banyak mengajar kita sebagai umat islam mengapa bulan muharram dijadikan bulan pertama dalam kalendar hijri. Memperbanyakkan ibadah wajib dan sunat agar kita benar-benar memanfaatkan peluang yang ada untuk menebus dosa-dosa yang lepas dan diampun oleh Allah SWT

Tips kekal beristiqamah ketika berhijrah bagi kaum wanita

  1. Niat yang jelas

        Niat yang jelas dan ikhlas semata-mata Allah SWT dapat membantu memudahkan urusan dalam proses penghijrahan. Niat yang betul akan menentukan halatuju perbuatan kita dalam mencapai apa yang ingin dicapai. Niat dengan kata lainnya kita sudah berazam dan nekad untuk berubah untuk menjadi muslimah yang baik.  Oleh yang demikian, niat merupakan perkara yang penting dalam memulakan suatu perkara dalam hidup. Sabda Nabi Muhammad SAW:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”.

[Riwayat al-Bukhari (1)]

2. Menjaga solat fardhu dan sentiasa mengingati Allah SWT

        Dalam islam, umat islam wajiblah menunaikan dan melaksanakan rukun islam yang kedua iaitu mendirikan solat 5 waktu. Orang yang menjaga solat bukan sahaja dijamin kebahagian di dunia malah dijamin syurga di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 43;

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.”

[Surah al-Baqarah (43)]

3. Memperbanyakkan amal soleh

        Banyak amal soleh yang boleh dilakukan, tak terhingga bilangannya. Dalam melakukan amal soleh samada untuk diri sendiri mahupun orang lain, tidaklah perlu terburu-buru sehingga memaksa diri sendiri. Ikhlaskan diri dalam melakukan apa jua amal soleh. Jika tidak terbiasa, lakukan sedikit demi sedikit sehingga terbiasa.

        Penghijrahan Nabi Muhammad SAW perlu dijadikan satu iktibar dan diterapkan dalam kehidupan harian sehingga menjadi asbab kita sebagai umat islam memiliki keinginan untuk berhijrah dan kekal beristiqamah ke jalan yang benar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *