Beige Green Simple Welcome To Neighborhood Greeting Gift Card

Ketika menguruskan misi banjir saya berjumpa dengan beberapa pasangan yang agak keliru untuk hubungi siapa, tidak kenal nazir masjid dan orang-orang lama di kampung atau taman perumahan. Jadi mereka sukar nak selesaikan urusan-urusan apatah lagi rumahnya berada di bahagian belakang atau tersorok dari orang ramai.

Biasanya NGO dan orang luar akan fokus agihan pada orang-orang depan atau yang mereka mudah capai.

Tetapi bagi yang ‘mesra alam’, lebih mudah akan dapat bantuan kerana ramai orang akan ingat padanya walaupun hanya menyewa di situ dan bukan penduduk asal.

Saya faham pasangan muda, mungkin ramai membesar dalam keadaan keluar rumah adalah bahaya, suasana pergaulan tidak seperti 80-an dulu yang satu kampung tolong jaga kita walaupun main di celah semak dan longkang.😊

Tips Berpindah ke kawasan baru

Saya senaraikan beberapa tips mereka yang baru masuk sesuatu kampung atau taman perumahan. Nampak macam mudah tapi percayalah ramai yang tak perasan dan tanya saya:

  1. Hadirkan diri ke masjid/surau dan wajibkan bergaul dengan masyarakat. Apabila pergi ke masjid wajibkan diri sekali seminggu atau sekali sebulan kalau terlampau banyak kerja untuk stay antara maghrib dan isyak. Kalau ada kuliah kita dengar kuliah. Dari situ kita dapat bergaul dan kenal masyarakat di situ. Kadang-kadang masa itulah orang akan jemput tahlil, doa selamat, kenduri dan lain-lain info.
  2. Wajibkan diri untuk berada dalam whatsapp group setempat. Kadang-kadang kita kena faham, apabila masuk ke tempat orang, kita akan bertemu dengan pelbagai kumpulan dengan minat dan fokus tersendiri tetapi semuanya melibatkan penduduk di situ. Seperti kumpulan masjid, kumpulan sukan, muslimat, aerobic, bola dan lain-lain. Dari situ kita akan belajar untuk luaskan networking. Memang bukan mudah berurusan dengan pelbagai karenah manusia dengan pelbagai latarbelakang. Tambahan kita terlalu sibuk dengan kerjaya dan anak-anak pula masih kecil tapi itulah kehidupan bermasyarakat. Ada suka dan duka. Rambut sama hitam tapi hati tak sama.
  3. Biasakan diri untuk agihkan makanan kepada jiran sekeliling. Jika jiran tidak balas balik, jangan ambil hati, teruskan sahaja berbakti berbuat baik kepada kejiranan.

Gambar Hiasan : Google

Macam saya, memang saya wajibkan diri untuk sentiasa beri makanan kepada jiran walaupun bukan Islam.

Dulu saya ingat tiada orang kenal kami di kejiranan. Tetapi apabila ditimpa masalah, ramai yang turut membantu. Dari situ saya tahu penting sangat untuk menjaga hubungan dengan jiran.

Artikel disediakan oleh Ustazah Asmak Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *