Teal And White Gradient Tech And Gaming Retail Website

Sedang scroll laman muka buku, datang satu perkongsian dari YB Mumtaz seorang tokoh Wanita di bumi Kelantan yang sangat saya kagumi. Saya tertarik dengan posting beliau bertarikh 13 September 2022 berkenaan dengan uniknya amal dan sedekah Surah al-Fatihah.

Sumber: Pinterest

Bayangkan sewaktu beliau berumur lima tahun, ayah beliau menggalakkan beliau setiap hari tulis ayat by ayat Surah Al-Fatihah di papan hijau. Bayangkan di usia begitu, kanak-kanak biasanya pasti lebih memilih untuk bermain berbanding konsisten menuntut ilmu. Tetapi keluarga beliau ini berbeza.

Kajian mendapati kanak-kanak yang diberikan pelajaran di usia muda akan lebih cepat mengingat dan menghafal. Tidak pelik orang dulu-dulu ini hebat. Didik anak pun hebat. Bertambah hebat apabila didikan nombor satu adalah agama.

Sumber: Pinterest

Sambung balik dengan sharing beliau. Beliau menyatakan bahawa hari-hari dikehendaki perhati setiap huruf al-Fatihah. Lepas itu, tulis lagi dan lagi sehingga berumur 7 tahun sambil ditemani dan disemak oleh Ummi beliau. Kiranya, antara teknik yang digunakan adalah Teknik visualised dan memorised.

Perkongsiannya lagi, bapa beliau juga menjadikan amalan sedekah al-Fatihah setiap kali lepas solat. Maksudnya, sedekahkan al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya. Lalu, mengajak semua seisi keluarga menjadikannya sebagai amalan. Katanya, sungguh luar biasa kerana barangkali berkat amalan mudah itu, hidup arwah ayah beliau tenang dan berjaya. Mudah-mudahan keluarga beliau dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat. Insya-Allah.

Ayat di posting beliau lagi, “Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.”

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Dapat sesuatu, jom cuba amalkan sedekah Surah Al-Fatihah bermula dekat diri sendiri, ahli keluarga dan buat umat Islam.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Sumber artikel: FB Page YB Hjh Mumtaz Md Nawi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *