Copy Of Try
Pelihara lidahmu, Jagalah bicaramu

Bismillahirrahmanirahim… 

Salam semua, semoga pembaca semua sentiasa dirahmati Allah.

Topik hari ini tentang kata-kata, percakapan, bicara.

Setiap hari kita bercakap dan yang paling banyak cakap sudah semestinya kita para wanita. Adakalanya bicara kita baik, dan ada juga buruknya. Tatkala emosi menguasai diri, pasti akan terhambur kata-kata yang buruk dari mulut kita. Berkemungkinan ia menyakiti hati orang sekeliling kita, mak ayah, adik-beradik, suami, anak-anak mahupun rakan-rakan.

Pelihara lidahmu, jagalah bicaramu wahai bidadari muslimah,

Sebelum nak cakap fikir dahulu. Jangan sampai ia mengguris hati insan lain. Bak kata pepatah melayu, “ Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.

Selain itu, kata-kata yang baik akan bagi kesan yang baik terhadap terhadap seseorang. Begitu juga sebaliknya.

Contohnya, setiap hari kita cakap perkara baik pada diri kita atau orang lain, tidakkah kita rasa lebih baik? Cakap pada diri, “ Aku rajin, Aku berani!” Bila cakap sebegini hari-hari, in-sya-Allah pasti ada perubahan walaupun sedikit pada diri kita.

Begitu juga, percakapan buruk akan memberi padah yang buruk bukan sahaja pada diri kita, malah orang lain juga. Tatkala kita mengatakan pada diri sendiri atau orang lain “pemalas, tak pandai” akan menimbulkan mindset negatif yang mendorong kita untuk menjadi apa yang kita katakan. 

Di samping itu, pelihara kata-kata termasuk penulisan kita, comment yang kita tulis di media sosial. Cuba fikirkan perasaan orang kita tujukan kata-kata negatif itu. Walaupun niat itu ingin menasihati, tapi jagalah kata-kata. Takut-takut perkataan itu kembali pada kita pula, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

Maka, katakanlah perkara yang baik-baik, doa yang baik-baik. Sekiranya tidak mampu nak cakap baik, diam. Itu lebih baik.

Tahu tak…saya ada terbaca dalam buku Keajaiban Air karya Nurhuda Mahat. Dalam buku ini, ada tertulis:

“Dr. Masaru Emoto seorang saintis dari University Yokohama Jepun mendapati bahawa molekul air akan berubah mengikut perkataan yang disebut ke atas air tersebut.”

Dalam badan kita pun terdiri daripada air kan?
Maka, seseorang yang rajin berzikir dan membaca Al Quran, pasti molekul dalam badannya tesusun cantik macam apa yang dia perkatakan.

Molekul air yang paling cantik susunannya dan bentuknya serta kukuh dan tak berubah dengan sebarang tekanan ialah Air Zam Zam. Subhanallah!

Think before talk
If you think, the word that you say is going to hurt anyone
Just keep quiet
Use the good word, it is for the best
The beautiful word will make you beautiful as well

Think before talkIf you think, the word that you say is going to hurt anyone Just keep quiet Talk the good word, it is the best The beautiful word will make you beautiful as well
*I really hope all of this match with it title😂

Semoga perkongsian daripada saya bermanfaat untuk pembaca semua.

Terima kasih.

Disediakan oleh A’lia Shakirah, merupakan seorang pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *