Copy Of Try (1)

Terasa nak makan kudapan rangup tapi nak cuba buat sendiri di rumah? Apa kata cuba buat kerepek tempeyek ni. Jangan lupa ajak anak-anak buat sekali sebab kalau buat ramai, dapat buat banyak-banyak. Sambil tu, boleh merapatkan silaturahim dengan anak-anak.

Resepi ni saya jumpa dalam buku Jelira. Dalam ni ada resepi moden dan juga tradisional yang anda boleh cuba buat di rumah.

Sumber: bharian.com.my

Bahan-bahan

1 bungkus tepung beras

3 sudu besar tepung jagung

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

100 gram ikan bilis- dibelah

4-5 cawan santan dari 1 biji kelapa

1 sudu teh kapur

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

1/2 kilo kacang tanah direndam

Minyak untuk menggoreng 

Masukkan kiub ayam (untuk tambahan)

Cara-cara Penyediaan

1. Bersihkan kacang toskan biar kering. Basuh rempah dan kisar.

2. Gaulkan semua bahan tadi ke dalam mangkuk & kemudian masukkan santan dan kacau adunan sama seperti nak buat lempeng.

3. Bahagikan dalam mangkuk untuk memudahkan proses 

4. Panaskan minyak untuk menggoreng.

5. Masukkan adunan dalam acuan taburkan kacang tanah & ikan bilis kemudian masukkan dalam kuali. 

6. Goreng sampai masak dan berwarna keperangan barulah boleh diangkat.

Sumber: google

Dah siap tu, boleh lah hidang dan makan beramai-ramai. Selain itu, boleh juga disimpan dalam balang kedap udara. Hidangan ini sesuai dijadikan kudapan petang sambil tengok tv ataupun bekal anak di asrama. 

Sumber resepi:  Buku JELIRA (Himpunan resepi terpilih Pusat Pembangunan Wanita Kelantan).

Apa yang istimewa pasal buku ni, buku ni bukan sahaja buku resepi tapi ada juga doa-doa semasa di dapur, info & tip kulinari berserta fiqh kulinari. Menarik kan! Jom dapatkan segera!

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *