Ikon Wanita Kemerdekaan – Made With PosterMyWall

Dua wanita yang istimewa.
Seorang isteri, ibu, anak dan nenek yang unik.
Daripada keluarga pilihan – Keluarga Imran

Doa dan nazar Hannah dirakam dalam al-Quran dalam surah Aali Imran:

Ya Tuhan-ku, sesungguhnya aku bernazar, anak yang sedang kukandung ini menjadi “muharrara”…

  • Muharrara adalah hal keadaan yang bermaksud bebas merdeka.
  • Mufassir – ahli tafsir – tradisi dan moden menjelaskan muharrara bermaksud bebas dari belenggu menjadi hamba kepada manusia dan material.
Gambar Hiasan : Pinterest

Golongan bani Israel sering berlumba menjadi golongan yang paling kaya harta dan keturunan.

Banyak harta dan banyak anak keturunan menjadi kemegahan sosial.

Banyak harta dan banyak keturunan meraih sokongan manusia.

Oleh itu mereka sanggup melakukan apa sahaja – melaksanakan riba – perang antara saudara – mengusir dsb.

Hannah, isteri Imran tidak mahu anaknya terikut dengan tradisi Bani Israel.

Nazar diniatkan, agar anaknya bebas daripada menjadi hamba material. bebas dari menjadi hamba kemasyuhuran , kemegahan kerana keturunan.

Bebas merdeka daripada menjadi hamba mengikut telunjuk dan kehendak manusia

Maka lahirlah seorang “abidah” – Maryam Dalam bahasa Ibrani membawa makna abdi hanya untuk Allah yang maha perkasa.

Benar, lahirlah seorang anak perempuan “yang bebas” merdeka.

Gambar Hiasan : Pinterest

Satu-satunya nama wanita yang diabadikan sebagai surah al-Quran.

Anak yang berjiwa merdeka inilah menongkah arus sehingga melepasi sempadan Bayt Maqdis, tanah suci – the holiest of holy.

Gambar Hiasan : Pinterest

Di sisi agama Bani Israel, wanita tidak dibenarkan melepasi sempadan tanah suci. Wanita tidak dibenarkan beribadah dan berbakti di Bayt Maqdis

Namun doa dan nazar Hannah menjadikan Maryam “merdeka” untuk berbakti dan mengabdikan diri kepada Allah. Jiwa yang merdeka itulah yang rukuk dan sujud kepada-Nya di sana mencabar kelaziman zaman.

Seorang yang benar-benar merdeka itulah kemudiannya diangkat menjadi ibu kepada seorang nabi ulil azmi – Nabi Isa AS.

  • ayuh marilah menjadi insan muharrara@merdeka

Salam kemerdekaan.

Sumber artikel: FB Page Puan Najah Nadiah Amran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *