Hajah

Kesenian merupakan sesuatu bentuk ekspresi seni yang bersifat abstrak. Ianya dapat dipandang, didengari dan disentuh oleh jiwa tetapi kadang-kadang sukar untuk diterjemahkan melalui kata-kata dan bahasa. Kesenian terbahagi kepada beberapa manifestasi seperti seni ukir, seni muzik, seni pentas, seni bina, seni filem, seni sastera dan seupamanya.

Hajah Kelthom Haji Hussin merupakan anak kelahiran Kampung Penambang, Kelantan. Beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Al-Khansa’ Amru, (HSK 2021) kerana mempunyai pengalaman yang meluas tentang menenun songket dan mengekalkan tradisi turun-temurun songket secara tradisional.

Beliau berumur 75 tahun dan hasil daripada perkahwinan, beliau telah dianugerahkan 4 orang putera. Antara sumbangan beliau ialah telah dilantik oleh pihak Kraftangan Malaysia untuk mengajar pelajar-pelajar daripada Institusi Kraf Negara dan menjadi sebagai pusat rujukan dibidang tenunan songket oleh pelajar-pelajar universiti, penggiat seni dan kraftangan Malaysia, Tumadhar binti ‘Amr bin Syuraid bin ‘Ushayyah As-Sulamiyah atau  dikenali  sebagai  al-Khansa  (kijang) adalah  wanita  yang mulia dan sangat terkenal sebagai seorang penyair.

Syairnya ditujukan kepada orang-orang tercinta yang telah meninggal dunia, terutama kepada kedua orang saudara lelakinya. Di samping itu, kejayaan Hajah Kelthom binti Haji Hussin telah menghasilkan tenunan songket untuk digunakan sebagai pakaian istiadat dan pakaian rasmi bagi DYMM Al-Sultan Kelantan dan pembesar-pembesar negeri Kelantan dan menjadi pakar rujukan bagi pengiat seni songket.                 

                                   
Penglibatan dalam bidang seni ini telah memperlihatkan beberapa kejayaan dan pencapaian oleh Hajah Kelthom Haji Hussin. Antara pencapaian beliau ialah telah dianugerahkan Pewaris Kraf Kebangsaan pada tahun 1999, Adiguru Kraf Kebanggsaan pada tahun 2014, Kedai Harga Patut pada tahun 2006 sehingga 2014 kerana menjual songket dengan harga yang berpatutan dan dianugerahkan Tokoh Wanita Kelantan UMK 10 pada tahun 2014.

Sumber Gambar : FB Page HSK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *