Copy Of Happy Mothers Day – Made With PosterMyWall

Wanita beriman martabatnya tinggi, Memelihara akhlak dia dihormati; Membela agama dia srikandi, Menegak agama dia tiang seri.

Apakah kedudukan serta peranan wanita sebagai isteri, ibu, anak dan pekerja dalam Islam.

Gambar Hiasan : Pinterest

Supermom sekalian, kita adalah hamba Allah SWT. Tujuan Allah SWT menciptakan kita adalah untuk beribadah kepada-Nya. Selagi mana kita yakin dengan konsep ini, kita akan berusaha buat terbaik hanya untuk meraih keredhaan Allah.

Peranan sebagai isteri. Sudah dua(2) tahun kita hidup dalam norma baharu. Ramai orang sekeliling yang telah kembali ke Rahmatullah. Wahai para isteri, peranan kita dalam norma baharu tolong dampingi sungguh-sungguh sang suami serta jadilah timbalan nakhoda bahtera berpandukan acuan islam sampai meraih syurga Allah SWT.

Kalau dapat pasangan suami yang boleh memimpin kita, itu bonus buat kita. Tetapi jangan bergoyang kaki. Kalau dapat sebaliknya, Allah hendak bagi peluang kepada kita untuk peroleh pahala lebih selagi mana tidak melanggar syariat.

Peranan sebagai ibu maksudnya idola anak-anak tidak lain tidak bukan adalah ibu dan ayah. Besarnya pahala jika kita tunjuk contoh tauladan yang baik-baik kepada anak-anak. Sampai mati mudah-mudahan menjadi pahala jariah buat kita semua.

Peranan sebagai anak. Kita punya ibu dan ayah. Sekiranya si suami tidak membenarkan kita menjenguk mereka, teruskan berdoa dan bermunajat kepada Allah. Teruskan tunjuk akhlak yang baik kepada suami moga-moga Allah membuka hatinya untuk menjadi lebih baik.

Gambar Hiasan : Pinterest

Peranan kita sebagai pekerja pula jangan jadikan pangkat sebagai penghalang kita untuk solat awal waktu. Sebelum kita ada bos di pejabat, Allah adalah bos yang paling besar. Bagi yang bekerja dari rumah, ingatlah Allah itu Maha Melihat. Jangan sesekali curi tulang. Setiap gaji kita itu akan dipertanggungjawabkan.

Gambar Hiasan : Pinterest

Bagaimana kita sebagai wanita hendak mengatasi masalah terkesan dengan era norma baharu ini?

Gambar Hiasan : Pinterest

Setiap apa yang berlaku, kita akan dapat sesuatu. Pengalaman mengajar kita untuk kembali bangkit. Allah As-Somad, tempat kita berhajat.

Fatimah Az-Zahra puteri Rasulullah SAW pernah bertemu Rasulullah lalu mengadu dirinya letih. Lalu, Rasulullah SAW memberikan sebuah zikir, bukannya pembantu rumah. Zikir Fatimah ini ringan di mulut, tetapi berat di timbangan. Subhanallah 33 kali. Alhamdulillah 33 kali. Allahu Akbar 33 kali.

Para ibu dirahmati Allah SWT, berapa ramai dalam kalangan kita yang telah lupa rahmat Allah adalah mencurah-curah apabila menikah dan menunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. Perkahwinan adalah lubuk pahala sebenarnya.

Siapakah srikandi-srikandi yang perlu kita jadikan contoh tauladan terutama norma baharu ini?

Dalam surah Al-Ahzab Ayat 28 hingga 34. Allah SWT berfirman dalam surat cinta-Nya:

يٰٓاَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِّاَزْوَاجِكَ اِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ الْحَيٰوةَ الدُّنْيَا وَزِيْنَتَهَا فَتَعَالَيْنَ اُمَتِّعْكُنَّ وَاُسَرِّحْكُنَّ سَرَاحًا جَمِيْلًا

Wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut‘ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik.”

Surah Al-Ahzab Ayat 28

وَاِنْ كُنْتُنَّ تُرِدْنَ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ وَالدَّارَ الْاٰخِرَةَ فَاِنَّ اللّٰهَ اَعَدَّ لِلْمُحْسِنٰتِ مِنْكُنَّ اَجْرًا عَظِيْمًا

Dan jika kamu menginginkan Allah dan Rasul-Nya dan negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan pahala yang besar bagi siapa yang berbuat baik di antara kamu.

Surah Al-Ahzab Ayat 29

يٰنِسَاۤءَ النَّبِيِّ مَنْ يَّأْتِ مِنْكُنَّ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ يُّضٰعَفْ لَهَا الْعَذَابُ ضِعْفَيْنِۗ وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى اللّٰهِ يَسِيْرًا

Wahai isteri-isteri Nabi! Barangsiapa di antara kamu yang mengerjakan perbuatan keji yang nyata, niscaya azabnya akan dilipatgandakan dua kali lipat kepadanya. Dan yang demikian itu, mudah bagi Allah.

Surah Al-Ahzab Ayat 30

۞ وَمَنْ يَّقْنُتْ مِنْكُنَّ لِلّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ وَتَعْمَلْ صَالِحًا نُّؤْتِهَآ اَجْرَهَا مَرَّتَيْنِۙ وَاَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيْمًا

Dan barangsiapa di antara kamu (isteri-isteri Nabi) tetap taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan mengerjakan kebajikan, niscaya Kami berikan pahala kepadanya dua kali lipat dan Kami sediakan rezeki yang mulia baginya.

Surah Al-Ahzab Ayat 31

يٰنِسَاۤءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَاَحَدٍ مِّنَ النِّسَاۤءِ اِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِيْ فِيْ قَلْبِهٖ مَرَضٌ وَّقُلْنَ قَوْلًا مَّعْرُوْفًاۚ

Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.

Surah Al-Ahzab Ayat 32

وَقَرْنَ فِيْ بُيُوْتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْاُوْلٰى وَاَقِمْنَ الصَّلٰوةَ وَاٰتِيْنَ الزَّكٰوةَ وَاَطِعْنَ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ ۗاِنَّمَا يُرِيْدُ اللّٰهُ لِيُذْهِبَ عَنْكُمُ الرِّجْسَ اَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيْرًاۚ

Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan (bertingkah laku) seperti orang-orang jahiliah dahulu, dan laksanakanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Surah Al-Ahzab Ayat 33

وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلٰى فِيْ بُيُوْتِكُنَّ مِنْ اٰيٰتِ اللّٰهِ وَالْحِكْمَةِۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ لَطِيْفًا خَبِيْرًا ࣖ

Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah Nabimu). Sungguh, Allah Maha lembut, Maha Mengetahui.

Surah Al-Ahzab Ayat 34

Norma baharu ini semua orang banyak luang masa di laman sosial. Apa yang sangat merisaukan antaranya adalah anak-anak perempuan atau wanita kita berjoget-joget di dalam Tik tok. Tayang kebahagiaan sana sini dan sebagainya. Adakah perkara sebegini yang kita mahu normalisasikan?

Gambar Hiasan : Pinterest

Isu semasa hari ini, ramai yang tidak segera menikah di musim pandemik ini sebab mahu buat secara grand-grand. Tetapi, malam-malam duduk berchatting berdua-duaan dengan si dia yang tidak halal. Ada juga para ibu yang berkongsi, anak ada sesi kelas tuisyen dengan cikgu lelaki pada jam 2, 3 pagi berdua sahaja. Mana pelajar yang lain? Tidak pelik ke kelas tanpa pelajar yang lain. Kemudian di sebelah screen adalah berlainan jantina. Mana ada konsep kelas macam itu. Wahai para ibu, pantaulah anak-anak kalian.

Contoh tauladan yang kita boleh contohi adalah pada isteri-isteri nabi sebab mereka dididik sendiri oleh baginda.

Semoga artikel ini bermanfaat kepada semua.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Artikel asal boleh ke FB Page UKeKkWa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *