30fbf479 6700 4943 Ba0e Afdffc2b0546

Daurah Wanita Istimewa yang bakal bersiaran di page Hari Sayyidatina Khadijah pada 30 Mac 2021, merupakan kemuncak kepada Daurah Wanita Parlimen yang telah kita adakan bermula 14 – 27 Mac 2021, pada jam 10 pg – 12.00 tghri pada setiap hari sempena Pra Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah 2021.

Sebanyak sembilan (9) siri Daurah Wanita Parlimen telah selesai dilaksanakan dengan pengisian yang menarik berkisar tajuk Sayyidatina Khadijah; Ummul Mukminin yang melibatkan para penceramah jemputan dari dalam dan luar negeri.

Daurah Wanita Parlimen Tumpat ( Ustazah Raziah Binti Zainal Karip -Timbalan Ketua Pengelola 2 Dakwah Halaqat Negeri Kelantan

Majlis Perundingan Wanita Kelantan –MPWP Tumpat

Daurah Wanita Parlimen Pengkalan Chepa ( YB Senator Ustazah Asmak Husin -Personaliti Dakwah)

Majlis Perundingan Wanita Kelantan – MPWP Pengkalan Chepa

Daurah Wanita Parlimen Kota Bharu (Ustaz Muhammad Fadzilul Hakimi A Rahman -Mudir Maahad Tahfiz Nikmatillah, Pulau Melaka)

Majlis Perundingan Wanita Kelantan – MPWP Kota Bharu

Daurah Wanita Parlimen Pasir Mas ( Ustazah Wan Nur Faezah Wan Yusof -Pembantu Halaqat Pasir Mas )

Majlis Perundingan Wanita Kelantan – MPWP Pasir Mas

Daurah Wanita Parlimen Rantau Panjang ( Farah Fakhira Binti Fakhrulruzi -Usahawan Muda )

Majlis Perundingan Wanita Kelantan – MPWP Rantau Panjang

Daurah Wanita Parlimen Kubang Kerian ( Ustazah Hafizah Binti Abdullah -Pengetua Maahad Pengajian Islam )

Majlis Perundingan Wanita Kelantan –MPWP Kubang Kerian

Daurah Wanita Parlimen Bachok ( YBHG Ustazah Muzayyanah Hj Abdullah -Pendakwah Bebas )

Majlis Perundingan Wanita Kelantan – MPWP Bachok

Daurah Wanita Parlimen Ketereh ( YBHG Ustaz Mohd Khairol Bin Mokhtar -Pensyarah Pengajian Islam Kolej Teknologi Darulnaim KTD )

Majlis Perundingan Wanita Kelantan MPWP Ketereh

Daurah Wanita Parlimen Tanah Merah ( YBHG Ustazah Muzayyanah Hj Abdullah )

Majlis Perundingan Wanita Kelantan – MPWP Tanah Merah

Daurah Wanita Parlimen Pasir Puteh ( Siti Nurwanis Binti Mohamed -Penulis Buku, Pelajar PHD UM )

Majlis Perundingan Wanita Kelantan – MPWP Pasir Puteh

Antara capaian yang tertinggi sehingga hari ini adalah Daurah Wanita Parlimen Tanah Merah yang bersiaran pada pagi tadi, 22 Mac 2021 yang diisi oleh YBhg al-Fadhilah Ustazah Muzayyanah bt Hj Abdullah, pesonaliti dakwah tanah air dengan penonton tertinggi sekitar 146 orang pada satu masa. Manakala capaian (reached) siaran tertinggi dicatatkan dalam siri Daurah Wanita Parlimen Bachok yang bersiaran Sabtu, 20 Mac 2021 seramai 5,304 orang dan 377 perkongsian (shares) yang juga disi oleh penceramah yang sama.

Program Daurah Wanita Parlimen ini adalah anjuran bersama Urus Setia Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KekWa) dan Majlis Perundingan Wanita Parlimen (MPWP) 14 parlimen seluruh Kelantan yang bersiaran di page MPWP Parlimen masing-masing dan page Hari Sayyidatina Khadijah.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Ikuti FB Page Majlis Perundingan Wanita Kelantan untuk tontonan lebih lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *