Suara Hati Wanita Dambaan Syurga

Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah. Jadinya wanita ada beberapa pilihan. Pertama untuk menjadi wanita solehah. Kedua, boleh jadi sebenar-benar fitnah. Sebab itulah penting kepada kita wanita untuk sentiasa peka dengan ciri-ciri wanita solehah yang didambakan syurga.

Antara salah satu cara memperbaiki diri adalah menjadi baik mengikut keteladanan yang baik. Yakinlah, ramai srikandi serta ummahatul mukminin yang boleh kita jadikan ikutan terutama di zaman yang penuh pancaroba ini.

Gambar Pinterest

Ikon figura-figura wanita dambaan syurga.

Kalau sebut kalimah dambaan syurga, sudah pasti sangat malu adakah kita tergolong dalamnya. Kita memang disuruh untuk berdoa merebut syurga Allah S.W.T. Tetapi pembuktian cinta untuk layak memasuki syurga Allah itu selari atau tidak.

Analoginya syurga ini umpama kita offer satu keeping duit RM100 kepada orang ramai. Ramai yang hanya mengatakan mahu duit tersebut tetapi tidak ada yang bangun untuk pantas mengambilnya. Kita berbicara tentang syurga dan mahu menjadi penghuninya, namun tidak ada usaha untuk menuju ke arah menjadi ahli syurga.

Ciri-ciri yang pertama adalah sebagaimana susuk tubuh bonda Nabi Isa a.s iaitu Sayyidatina Maryam. Kisahnya terakam dalam al-quran. Masyarakat di luar sana hanya didekatkan dengan TuhanNya. Kesungguhan beragama itu melatih beliau tidak pernah dipandang, dan disentuh oleh mana-mana lelaki. Tetapi takdirnya Allah yang Maha Esa berkehendak mahukan Maryam ibu yang mulia ini di dalam perutnya mengandungkan roh yang suci iaitu Nabi Isa a.s, difitnah dengan begitu dasyat. Disucikan oleh Allah sampai akhirnya tanpa ada yang berani memfitnahnya lagi. Bahkan, syurga menantikannya.

Gambar Pinterest

Kedua, adalah Sayyidatina Khadijah r.a isteri baginda Rasulullah SAW. Kita tahu beliau pernah menjadi janda dan balu di dalam dua kali perkahwinannya sebelum ini. Beliau merupakan wanita yang suci, berilmu dan businesswoman yang hebat. Namun, tidak pernah tercemar maruah dirinya. Paling tinggi yang dimilikinya adalah rasa malu. Alhamdulillah, Allah takdirkan dirinya menjadi isteri pertama baginda Rasulullah SAW. Beliau tidak pernah membuat suaminya berantakan jiwanya. Lalu tinggilah cinta Muhammad SAW kepadanya sehingga dicemburui oleh Sayyidatina Aishah r.a. Ketika di saat Rasulullah diuji, Sayyidatina Khadijah sentiasa ada.

Manakala, wanita dambaan syurga yang disebut oleh baginda Nabi Muhammad SAW iaitu Fatimah Az-Zahra. Puteri kesayangan baginda yang dikahwinkan dengan Sayidina Ali r.a. Apa bezanya kita dengan Fatimah Az-Zahra, beliau dinasihatkan oleh ayahandanya baginda Rasulullah SAW berani menukarkan keinginannya untuk menjadi pembantu rumah, hanya akur dengan zikir Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar. Masha Allah. Bila kita ditimba ujian berkeluh kesah, tukarkan dengan zikrullah.

Gambar Pinterest

Terakhir wanita yan disebut dambaan syurga adalah Asiah isterinya firaun. Apa yang kita boleh gambarkan dengan kehidupan Asiah? Jahat suami kita, jahat lagi firaun kerana sombong dan mengaku dirinya tuhan. Ingatlah, sampai kita berada di takhta mana pun, jangan pernah kata kejayaan ini berpunca dari kita. Jadi di sini, Asiah kekal beriman kepada Allah walaupun pasangan hidupnya adalah Firaun. Bila kita fokus kepada syurga, kita akan terlupa siapa di sisi kita.

Antara pemikiran sekarang adalah feminism ataupun ramai yang menuntut hak-hak wanita. Sedangkan isme-isme ini ada yang bertentangan dengan islam. Apakah yang islam gariskan berkenaan hak-hak wanita dan bagaimana reaksi kepada golongan yang melaungkan hak-hak wanita yang tidak selari dengan perjuangan islam?

Merindui syurga adalah mudah. Tetapi, menjadi dambaan syurga memerlukan jihad pengorbanan. Kemudian, tidak boleh berseorangan kerana kita manusia memerlukan disiplin, pengorbanan dan sistem sokongan.

Rasulullah SAW telah meninggalkan sunnah terbesar iaitu mendidik kita membentuk sebuah negara islam yang pertama di dunia yang semata-mata mahu mendirikan sistem islam. Akhirnya Rasulullah sebut tiada lagi jihad dan hijrah selepas ini melainkan niat dan jihad untuk dilaksanakan di atas muka bumi ini sebagai sebesar-besar perjuangan yang sedang kita sertai sekarang. Islam adalah satu-satunya penyelesaian di muka bumi. Manakala, kita akan berdepan dengan pelbagai musuh (Nampak dan tidak nampak), pemikiran dan ideologi (Zaman media baru) bertujuan untuk merosakkan para wanita.

Wanita islam ‘On to be a leader’. Dilahirkan sebagai khalifah di muka bumi untuk menguatkuasakan hukum-hukum Allah serta cara hidup islam melalui bidang kuasa kita masing-masing. Amar Ma’aruf dan Nahi Mungkar harus dilaksanakan.

Antara tokoh wanita yang kita perlu berhati-hati kerana membawa agenda yang melanggar Syariah Allah seperti meruntuhkan wanita.

  1. Aminah Wahab.
  2. Siti Kassim.
  3. Sisters in Islam (Baru-baru ini saman Mahkamah Syariah seksyen 66). Bukan kali pertama saman Mahkamah Syariah.
  4. Zainah Anwar.
  5. Asiah Jalil.
  6. Jag.
  7. Woman’s Aid Organisation (WAO).
  8. Musawah (Mahu menghapuskan JAKIM, Mahkamah Syariah, MAIK, Pusat Zakat, dan lain-lain).
  9. Gerakan mengajak wanita jangan berkahwin.

Sebab itu kita dapat lihat anak muda sekarang slumber rock menghina ulamak, Institusi agama, mahkamah Syariah dan sebagainya. Dalam humanism yang mereka ajar juga, mahu wanita kita fight, ada hak dan perlu dituntut. Mereka tidak fokus kepada tanggungjawab. Ada juga cubaan mahu fight kepada dihalalkan hubungan bersekedudukan dan banyak lagi.

Terbuka jangan hanyut. Tertutup jangan jumud. Bagaimana kaedah untuk menjadi wanita solehah dalam konsep wasatiyyah yang dianjurkan Rasulullah SAW kerana ada saat ketika terkenal, kita lupa hendak jaga adab-adab sebagai wanita. Mengapa mereka menjadi sedemikian?

Kekal dalam taubat itu ibadah. Menahan lidah dari bercakap perkara tidak baik itu ibadah. Tahu kalau share sesuatu, perkara itu akan menjadi viral. Adakah berita tersebut sahih? Lalu kita tahan jari kit aitu adalah ibadah. Ada banyak lagi.

Terakhir, bukan sekadar menahan diri kita berpuasa, berlapar dan dahaga, tetapi menahan diri kita yang dipanggil jihad melawan hawa nafsu. Sebagai contoh, nafsu kita yang perlu kepada follower yang ramai, dipuji kerana kecantikan dan kekayaan takhta. Tetapi, berapa ramai kata Nabi Muhammad SAW yang berada di syurga itu adalah dalam kalangan orang miskin kerana mereka jauh lebih pandai bersyukur daripada orang-orang hidupnya jauh nampak lebih selesa sewaktu di atas muka bumi Allah. Sedikit di dalam syuga itu dalam kalangan orang-orang yang bersyukur. Panjangkan kepada Allah kesyukuran yang dianugerahkan.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Rujukan: FB Page Zuraida Md Noor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *