Cover Yb Zailah Latest

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh muslimin dan muslimat.

Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah dan walaupun dengan suasana PKP dan Covid-19, ini tidak menjadi penyebab untuk kita tidak dapat menyambut Hari Raya kali ini.

Apabila berbicara tentang peranan wanita, sesunggunya peranan wanita sangat penting lebih-lebih lagi pada musim PKPB sekarang. Betapa besarnya pengorbanan ibu dan isteri untuk mewujudkan keluarga yang sejahtera. Namun, peranan kita bukan sekadar untuk diri kita dan keluarga kita sahaja.

Kita ada tanggungjawab yang lebih besar.

LELAKI DAN WANITA SEBAGAI KHALIFAH

Allah S.W.T. menciptakan kita, lelaki dan wanita dengan sebaik-baik kejadian iaitu sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Bukan sahaja kita sebagai isteri dan ibu, tetapi kita juga memainkan peranan untuk memastikan pembangunan negara kita terutama dari sudut pembangunan insan dan pembangunan material bagi memastikan kejayaan kita di dunia dan akhirat.

Dalam mendepani tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, tunjukkan kecaknaan kita kepada jiran kita, kaum kerabat kita dan masyarakat seluruhnya. Bagi yang masih ada ibu bapa, santunilah mereka dengan sebaik mungkin.

Beginilah besarnya peranan kita sebagai wanita.

Sumber : http://mehrob.uz/article/963

PERSIAPAN ILMU SEBAGAI WANITA

Persiapan yang perlu ada pada wanita ialah persiapan ilmu. Ini merupakan teras kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dalam melaksanakan tugas (dalam keluarga dan masyarakat).

Marilah kita menjadi orang yang cintakan ilmu, mengisi minda kita dengan ilmu yang bermanfaat di dunia dan di akhirat.

Allah S.W.T. berfirman:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

Mafhumnya: “Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” [Surah al-Tahrim, ayat 6].

Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, tanggungjawab kita sebagai pendidik, bukan sahaja mendidik anak kita untuk berjaya dalam akademik semata.

Sumber : Fb Page Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita

Tapi peranan kita adalah bagaimana kita menyelamatkan keluarga kita supaya cemerlang di dunia dan akhirat seterusnya selamat dari api neraka.

WANITA SURI DALAM RUMAH TANGGA, IBU KEPADA UMMAH

Wanita sebagai suri dalam rumah tangga dan ibu kepada ummah ini, mestilah memainkan peranan penting. Tanggungjawab kita ialah melaksanakan ‘amar makruf, nahi mungkar’ (mengajak kepada kebaikan, melarang kepada kemungkaran. Lakukanlah tanggungjawab ini bermula dengan diri kita, keluarga, jiran-jiran kita dan seterusnya masyarakat.

Sumber : Fb Page Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita

Dalam melaksanakan tugas ini, kita tidak boleh berseorangan. Kita mestilah bersama dengan jemaah, bersama-sama membina kekuatan kita.

Firman Allah S.W.T.

وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

[Ali Imran ; 104]

AMALAN TAQWA YANG BERTERUSAN

Allah S.W.T. berfirman :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

[Al-Baqarah ; 183]

Amalan taqwa ialah amalan yang berterusan. Bukan semata-mata di bulan Ramadhan,tetapi berterusan sepanjang hidup kita. Walau di mana pun kita berada.

Wanita berjaya ialah wanita yang mampu menjaga dirinya walau di manapun dia berada (menjaga batas pergaulan, tutur kata, akhlak dan lain-lain).

Wanita mukminah yang sebenar bukan sahaja menjaga batas akhlaknya dalam rumahtangga tapi di mana sahaja mereka berada.

Wanita yang hendak kita bangunkan ialah wanita yang mempunyai keperibadian tinggi, bermaruah, mempunyai akhlak mulia dan bukan meletakkan semata-mata agenda kebendaan dalam hati mereka malah cinta kepada dan mencari keredhaan Allah.

Sumber : Fb Page Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita

Walaupun sehebat mana dan setinggi mana wanita yang bertakwa, mereka kenal diri mereka maka mereka tidak akan sombong.

Inilah satu masyarakat yang membangun dan cemerlang yang hendak kita lahirkan.

Contohilah para sahabiah yang mempunyai pelbagai keistimewaan dalam yang sarat dengan qudwah hasanah untuk hidup kita.

TIPS MENGURUS MASA

Setiap orang ada 24 jam seharian, tiada yang lebih. Cuma, bagaimana kita memanfaatkan masa dan dapat pahala.

  1. Disiplinkan diri dengan masa.
  2. Mulakan waktu pagi dengan tahajud. Jangan mulakan dengan subuh, tetapi, tahajud.

Bagi wanita yang berkerjaya dan berumahtangga, waktu pagi sangat penting. Inilah waktu yang sesuai untuk bermunajat.

  • Mulakan kerja rumah pada waktu pagi.
  • Jimatkan waktu memasak.(Simpan lauk pauk yang dah siap di masak di dalam peti berbanding lauk-pauk yang mentah)
  • Kerjasama ahli keluarga.
  • Bahagi tugas di rumah.
  • Jadualkan kerja rumah.
  • Doa dan Zikir
  • Ini merupakan amalan nabi
  • Mathurat jangan tinggal
  • Amalkan Al-Quran
  • Suka memaafkan orang
  • Sikap berdendam ialah sikap orang yang hatinya berpenyakit.
  • Buang segala sifat yang mazmumah.
  • Memadai dengan apa yang kita ada.
  • Jangan jadi orang yang tamak dan cintakan dunia.

KOMUNIKASI YANG BAIK DALAM KELUARGA

Dalam berkeluarga, perlulah mempunyai komunikasi yang baik.

  1. Minta tolong apabila memerlukan pertolongan.
  2. Mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga.
  3. Minta maaf kepada keluarga sekiranya membuat silap, terutamanya kepada suami(tidak perlu menunggu tibanya hari  raya).

Artikel ini disediakan oleh Siti Zulwani Rosli yang petik dari rancangan:

Daurah Wanita Online Siri 6 dengan tajuk ‘Wanita: Suri Ummah’
Bersama penampilan istimewa YB Dato’Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Tarikh : Rabu, 27 Mei 2020
Masa : Jam 10.00 pagi
Bersiaran di Page FB Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita & FB KelantanTv


Sumber Video asal boleh dilihat di sini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *