Family

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat untuk berehat serta menghasilkan persekitaran yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak membazir-bazirkan wang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berjimat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan sahaja.

 

Pengurusan rumah tangga yang betul adalah amat penting bagi menjamin kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga. Berikut adalah tips2 yang boleh diamalkan bagi wanita Kelantan yang berkerjaya:-

1) Bagi memudahkan kerja-kerja memasak, kisar bahan-bahan asas seperti bawang, halia dan cili untuk kegunaan seminggu. Bahan-bahan mentah lain seperti ikan, ayam dan daging boleh di’pack’ berasingan mengikut kekerapan menggunakannya dalam seminggu. Sayur-sayuran juga boleh siap-siap dipotong dan disimpan.

2) Rancang menu untuk seminggu dan beli bahan-bahan mengikut menu yang telah dirancang. Ini dapat mengelakkan pembaziran wang dan masa membeli juga dapat diminimakan sebaiknya.

3) Sebelum bertolak ke tempat kerja, alihkan bahan-bahan mentah yang akan digunakan pada hari itu dari tempat dingin beku ( freezer ) ke bahagian bawah peti sejuk. Ia memudahkan wanita yang bekerja, bila balik sahaja ke rumah, tugas memasak boleh terus diselesaikan.

4) Penyusunan jadual kerja mengikut prioriti juga boleh dilakukan bagi memastikan keberkesanan tugas. Mana yang dahulu, didahulukan, yang kemudian, dikemudiankan. Setelah itu, tandakan tugas-tugas yang telah berjaya dilaksanakan.

5) Jika boleh, membasuh baju, mengangkat dan melipat dilakukan pada hari yang sama. Bertangguh menyebabkan kain-kain baju akan ‘menggunung’ tingginya. Untuk mengurangkan beban menggosok, kedai-kedai dobi ada menyediakan perkhidmatan menggosok baju. Berikut adalah rujukan tambahan bagi Menguruskan Kerja Rumah Ketika Hari Bekerja.

6) Memiliki gajet yang baik juga membantu kelancaran tugas rumahtangga. Laburkan sedikit wang untuk membeli pembersih hampagas, pengisar, mesin basuh dan lain-lain peralatan yang berkualiti.

7) Pembahagian tugas antara suami isteri dan anak-anak juga membantu meringankan bebanan dan isteri/ibu dapat fokus kepada tugasnya yang telah dipersetujui bersama.

8) Perbanyakkan doa dan memohon bantuan-NYA bagi menghadirkan kekuatan, kesabaran dan keikhlasan dalam melakukan rutin rumahtangga yang mencabar ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *