Bajet Keluarga Siapa Menteri Kewangannya

Alhamdulillah berkesempatan membuat catatan yang diperolehi hasil daripada perkongsian yang disampaikan oleh YB Dato’ Hajah Mumtaz Bt Md Nawi sebagai Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga & Wanita Kerajaan Negeri Kelantan.

Turut menemani bersama moderator, seorang sosok tubuh yang dari dulu saya kagumi terutama dalam bab belajar ; Kakak Nik Ihtisyam Razi. Rindu, saja guna gambar kita berdua kah. Fi amanillah. Sokong dalam live pun kira jadilah kan hehe, moga ada rezeki boleh berjumpa lagi 🫂

Sebenarnya, banyak sangat ilmu yang dikongsikan oleh YB. Malah, sentiasa diselitkan sirah Rasulullah ﷺ dan para sahabat yang meyakinkan. Sebaik – baik qudwah yang sentiasa ‘evergreen’ untuk dijadikan contoh dalam segenap aspek kehidupan.

Menariknya daurah kali ini, dibincangkan 3 soalan besar tetapi huraian setiap daripadanya sangat padat. Antaranya ialah :

  • Kenapa perlu wujudnya bajet perancangan keluarga sedangkan ada pepatah mengatakan “Ulat di dalam batu juga boleh hidup” ?
  • Bagaimanakah bajet kewangan yang dikatakan efisien ?
  • Apakah peranan wanita dalam merancang kewangan ekonomi keluarga di rumah ?
Sumber: Pinterest

Maka, secara rawaknya jawapan kasar yang dapat dikeluarkan ialah ;

Sumber: Pinterest
  1. Perkongsian dimulakan dengan menekankan konsep rezeki yang umum mengetahui tidak dapat dinafikan segala jenis punca rezeki datangnya daripada Allah dan kepada Dia jugalah harus dikembalikan. Selaras dengan kepelbagaian nas Al – Quran yang dikeluarkan, salah satu daripadanya ialah Surah Ibrahim, ayat 34 yang lagi membuktikan kepada semua bahawa umat Islam perlu percaya, bersabar dan jangan sesekali berputus asa dengan janjiNya ; sesiapa yang berusaha pasti akan berhasil.
  2. Tetapi, walau apa jua hasil yang diperolehi meskipun kecil nilainya jangan pernah lokek untuk berkongsi. Kerana inilah salah satu sumber menjemput ketenangan dalam kehidupan. Jelas membuktikan, sehebat manapun kita di mata manusia seperti penilaian jawatan mahupun pekerjaan itu tidak juga akan menjamin rezeki seseorang.
  3. Realitinya, hari ini semua perlu celik bahawa penyumbang kepada statistik keruntuhan rumah tangga salah satunya adalah masalah kemelut kewangan. Maka, semua perlu mengambil pengajaran daripada kes penceraian sebegini yang mana kemungkinan punca besarnya ialah pasangan ini kurangnya ilmu mengenai pengurusan kewangan. Maka sebab itu jugalah, betapa pentingnya persediaan ilmu bagi menggalas tanggungjawab sebagai suami/isteri sekaligus dalam menjadi seorang ibu/bapa.
    • Pesan YB Dato’ Mumtaz juga, dalam berumah tangga jangan dibebankan pasangan dengan perkara yang dia tidak mampu. Ini kerana setiap keluarga berbeza keperluan yang perlu dicukupkan. Maka, perlu jelas perbezaan di antara keperluan ataupun kemahuan. Dari isi jawapan begini, pecahan kecilnya ialah :
    Sumber: Pinterest
    • Tidak membandingkan hidup sendiri dengan orang lain
    • Tugas suami memberi perlindungan yang baik ( rumah / pakaian / pendidikan / makan & minum )
    • Tidak boros
    • Menyimpan duit dengan menambah aset. Walaupun cuma bekerja sendiri, perlu ada usaha untuk mencarumkan ia di dalam KWSP/PERKESO
    • Ada bahagian simpanan bagi ibadat zakat/korban/umrah/haji
    • Membuat “checklist” perbelanjaan ; mencatat, menyemak & menyusun
    • Ada matlamat yang jelas tentang tujuan menyimpan.
    Sumber: Pinterest
    1. Seruan YB kepada semua juga untuk mewujudkan perancangan kewangan yang jelas bersama pasangan kerana pada akhirnya kesepakatan objektif kebersamaan ingin dicapai. Secara tidak langsung, banyak urusan lain boleh diselesaikan dengan mudah hasil daripada strategi yang efisien.
    2. YB memberi satu analogi yang menarik kepada semua iaitu tentang perbelanjaan terhadap seseorang anak dari kecil hingga besar ibarat harga membeli kereta Mercedes kerana menuntut banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.
    3. Di akhir pengisian, YB berkongsi tips mengenai cara beliau dalam menguruskan kewangan rumah tangga iaitu ;
    Sumber: Pinterest
    • Wujudkan takwim tahunan kewangan.
    • Penyediaan aset emas bagi setiap kejayaan anak – anak. Bertujuan di masa akan datang akan jadikan ia sebagai hantaran apabila mereka ingin berkahwin.
    • Menyediakan satu fail yang khusus bagi setiap anak dalam penyimpanan rekod segala jenis resit/yuran kerana mencontohi amalan Imam Hassan Al – Banna.

    Untuk video penuh

    Anjuran : Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita

    Artikel disediakan oleh : Ardinisa Najati

    ديني,
    Ilmu kewangan pembinaan madrasah bersama.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *