Apabila suami larang isteri ziarah ibu bapa, apa isteri perlu lakukan? Sama ada pergi dalam diam atau patuh cakap suami?
Kita perlu ingat ketaatan kepada ibu bapa ini tidak akan pernah luput walaupun kita telah berkahwin.
Seorang suami bila telah berkahwin dengan seorang wanita, dia telah menanggung tanggungjawab yang dimiliki oleh seorang wanita. Jadi, perkara ini kita semua perlu jelas dan ambil tahu.
Apa ‘menanggung‘ yang dimaksudkan di sini:
Situasi apabila wanita itu memang sebelum berkahwin sedang menjaga ibu dan ayahnya. Kemudian, setelah berkahwin tiada sesiapa yang boleh menjaga ibu dan ayahnya setelah itu. Maka ibu dan ayah si wanita ini juga adalah dalam tanggungjawab si suami.
Sebab apabila kita berkahwin dengan seseorang sama ada lelaki ataupun perempuan, kita boleh bercerai bila-bila masa sahaja. Tetapi mak dan ayah mertua kita akan tetap menjadi mertua kita selamanya.
Sebenarnya dalam hukum feqah, si isteri boleh sahaja balik sebab suami dan ibu bapa kedua-duanya adalah setara. Tetapi, Keutamaan itu antara suami atau ibu bapa bergantung kepada keadaan tertentu. Sebab andai suami kita tidak mengizinkan kita balik dan telah menyebabkan ibu kita kecil hati atau sehingga meninggal dunia contohnya. Maka si suami akan menanggung dosa.
Hal ini kerana, Allah SWT memerintahkan kita untuk taat pada suami selagi mana arahan itu tidak bercanggah dengan suruhan-Nya. Sebagai contoh, perintah yang berbentuk maksiat dengan mengajak si isteri ke kelab malam untuk bertukar-tukar pasangan. Benda ini haram, jangan ikut.
Yusuf Qardawi ulamak di zaman kita berkata, “Tidak dibolehkan seorang suami yang muslim melarang isterinya untuk berjumpa dengan ibu bapanya yang Nasrani (Kristian).”
Di sini dalam islam, ibu bapa yang bukan islam pun kita si suami tidak boleh larang si isteri untuk bertemu dengannya. Apatah lagi ibu bapa yang muslim. Islam mengajar kita berlaku ehsan dan berbuat baik kepada orang tuanya.
Jadi jelas di sini hukum suami melarang isterinya dari ziarah ahli keluarga tanpa sebab yang munasabah di sisi syarak adalah haram.
Semoga bermanfaat.
Artikel disediakan oleh penulis wk.com
Sumber asal boleh tonton di FB Page Asmak Husin