
All females are women, but not all women are ladies.’
Hari ini mari kita perhatikan bagaimana tindak-tanduk kita dan orang sekeliling sebagai seorang wanita. Jom baca tips di bawah.
Berikut merupakan beberapa perkongsian dari Sophian Ab Rahman anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan dan selaku Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara. Beliau juga merupakan penceramah protokol etiket, pengacara majlis, pengucapan awam & Customer service.
1. Wanita yang hebat tidak akan lewat. Sentiasa menghormati masa orang lain dan tiba awal. Kalau rasa akan sampai lewat untuk satu-satu temujanji, hubungi dan maklum awal.

2. Jaga penampilan diri. Tidak over dalam berpakaian. Barang kemas, aksesori dan solekan hanya sederhana sahaja (natural) dan tidak over. Less is more. Sentiasa bersih (potong kuku) & penampilan kemas dengan warna yang sesuai (pakaian malam gelap, manakala siang pula berpakaian cerah). Pakai deodorant dan perfume serta sentiasa jaga bau mulut. Bersenam setiap hari dan dapatkan rehat / tidur yang cukup supaya nampak bertenaga.

3. Kurangkan asyik melekat dengan tengok bimbit. Tunjukkan yang kita hormat dan hargai orang keliling. Juga elakkan “call” sesiapa terlalu awal pagi atau lewat malam.
4. Jaga perbualan, kurangkan gosip dan mengata, mencarut dan banyak komplen. Tidak sentiasa mencelah waktu orang lain juga sedang bercakap. Elakkan ‘private conversation’ dan bercakaplah dengan semua orang. Sentiasa ucap terima kasih dan hantar kad/ emel/ text penghargaan. Janganlah lokek dengan pujian ikhlas dan cuba ingat nama orang. Sentiasa senyum (Tapi bukan senyum sorang-sorang).
5. Tutup mulut bila batuk dan jangan meludah di tempat awam. Jangan mengeliat dengan bunyi hingga jiran rumah sebelah pun boleh dengar.
6. Jaga postur bila berjalan. Praktis tidak berjalan membongkok. Letak buku atas kepala dan cuba berjalan tanpa buku tersebut jatuh. Dalam majlis rasmi, turun dan naik tangga pentas secara mengetam.
7. Postur duduk yang terbaik adalah “knees & ankles together”. Duduk jangan terlalu selesa menyandar, hanya 20% menyandar dan 80 % tidak menyandar. Elakkan kaki berlunjur dan duduk mengangkang. Dalam kenderaan, elak letak kaki atas dashboard kereta, merbahaya juga kalau berlaku kemalangan.
8. Bila masuk kereta, labuhkan punggung dulu di hujung kerusi kereta, kedua kaki dirapatkan dan masuk ke dalam kereta. Bila keluar kereta, kepitkan dan keluarkan kedua kaki serentak, letak di lantai, dan berdiri. Elakkan keluar mengangkang dan boleh menampakkan seluar dalam.
9. Makan dengan sopan. Jangan bercakap bila ada makanan dalam mulut dan elakkan bunyi ketika mengunyah. Cara kita makan menunjukkan peribadi kita.


10. Hati-hati bila guna sosial media. Fikir 2 kali bila nak post apa-apa ayat atau gambar. Kalau tak banyak like, tak perlu delete. Tak perlu check siapa viewed your story. Jangan malu dengan citarasa muzik, jangan malu dengan apa yang buat kita happy. Jangan banding diri dengan orang lain dan stop saying bad things about yourself which the intention is actually nak umpan pujian.
Bila kita baik, kita cantik!
Sila share sekiranya membantu & bermanfaat.
Protocol: You do it right, nobody remembers. You do it wrong, nobody forgets~ S.A.R
0193300410
#protokol
#etiket
#protocol
#etiquette
#grooming
#adab
#hormat
#penampilan
Artikel telah disunting oleh penulis wk.com
Artikel asal : FB Page Sophian Ab Rahman