ISU RUMAH TANGGA

Soalan Pertama, suami ingin kahwin 1 lagi. Tetapi isteri tidak mahu bermadu. Sebab suami seperti tidak mampu. Nafkah pun selalu culas. Adakah jatuh hukum isteri derhaka kalau tidak mahu bermadu?

Sebenarnya tidak menjadi isu bila isteri tidak mahu bermadu. Biasa. Tidak menjadi suatu kesalahan pun. Yang menjadi hukum berdosa itu bila mana suami tunaikan segala-galanya, tetapi kita tetap nusyuz. Maksudnya bila mana dalam keadaan suami baik dan menjalankan tanggungjawab dengan baik namun si isteri tetap tidak mahu taat juga. Hal ini mungkin jatuh kepada hukum nusyuz. Ini baru hukum, belum lagi masuk prinsip bab undang-undang lagi.

Cuma, kalau isteri tidak dapat nafkah yang betul, kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak dapat. Ada kadang-kadang bagi, tapi tak cukup. So, suami yang tak menjalankan tanggungjawab dengan betul ini terhadap diri dia (isteri), kemudian mahu berkahwin pula dengan wanita lain, takkanlah seorang ini sanggup bersetuju si suami berpoligami, sedangkan itu hak diri dia (si isteri). Benda ini akan menyebabkan tidak adil kalau disebabkan isu ini wanita dijatuhkan hukum nusyuz, berdosa dan sebagainya.

Dalam seksyen 53 enakmen keluarga Islam pun, salah satu daripada alasan untuk tuntut fasakh. Biasanya tuntut fasakh ini apabila tidak mendapat hak nafkah lebih dari 3 bulan dari pihak suami, tidak mendapat nafkah batin lebih daripada setahun, kena pukul, mental torche, suami masuk penjara, suami curang dan sebagainya.

Tapi ramai orang tidak tahu, salah satu alasan untuk isteri tuntut fasakh adalah suami tidak berlaku adil dalam poligami. Jadi, maksudkan sini, ia membenarkan seorang isteri untuk tuntut cerai atau fasakh kalau suami tidak berlaku adil. Jadi adakah isu ini menjadi kesalahan? Jawapannya tidak. Isteri boleh bersuara untuk isu poligami ini kalau dia (suami) dalam keadaan tidak menunaikan tanggungjawab.

Di mahkamah Syariah, kalau seorang suami mahu berpoligami, dia kena buat saman dan penyata tuntutan untuk diberikan kepada isteri yang pertama. Kalau dia nak kahwin dengan isteri yang ketiga, isteri kedua dan pertama akan dapat.  Ini ada yang tidak tahu kerana bagi mereka kahwin ini sama seperti ketika masa bujang. Dia ingat pergi pejabat agama bagi tahu nak kahwin dengan bakal isteri macam itu sahaja ke? So, orang di pejabat agama akan tanya, adakah sudah ada surat perintah poligami ke? Lepas itu mulalah cakap nak kahwin ini. Nak buat kerja betul ini. Kalau jawapan sebegini diterima, sudah pasti si lelaki ini tidak tahu yang nak berpoligami perlu ke mahkamah syariah.

Saman dan penyata tuntutan itu isteri pertama akan dapat. Ini kes si suami baru nak beristeri dua. Isteri berhak untuk datang ke mahkamah dan lawan benda itu. Lawan bukan sebab apa. Lawan itu untuk menunjukkan suami itu tidak berkelayakan, tidak berkemampuan dan tidak perlu pun dibenarkan untuk berpoligami.

Isunya si suami tidak boleh dan tidak perlu. Bukan nak menentang orang yang hendak berpoligami. Cuma, menentang orang yang tidak layak dan tidak perlu berpoligami.

Soalan kedua, Kalau suami jenis suka lebihkan staf dari isteri macam mana ya? Bergaul dengan staf macam tidak ada batas, bila isteri tegur si suami jawab staf yang bagi makan. Apa yang perlu isteri buat?

Gambar Hiasan : Pinterest

Bahaya jawapan sebegini. Bimbang bab akidah. Sebab yang bagi makan dekat kita adalah Allah SWT. Cuma usaha itu, kalau kita usaha lebih, mungkin kita dapat rezeki lebih. Tapi kita tidak boleh kata staf ini yang bagi kita makan.

Kalau ada suami yang macam ini, minta dia baiki balik. Walaupun mungkin dia jawab dalam keadaan marah dan sebagainya. Tetap tidak boleh ucap macam itus sebab Allah yang bagi dekat kita semua.

So, apa yang patut isteri buat bila si suami lebih pentingkan staf. Jawapan yang diberi akan berdasarkan seorang pegawai syari’e. Kalau orang tanya dekat saya, cerita tentang rumah tangga, mesti orang akan tanya nak buat apa ini tuan. Jawapan saya berdasarkan skop kerja saya.

Saya akan tanya balik, puan nak buat apa? Puan hendak teruskan perkahwinan ke atau puan nak bercerai? Dua soalan saya ini, jawapan ada pada diri puan. Yang mana kita kena tahu diri sendiri sama ada mahu teruskan perkahwinan, teruskan perkahwinan. Cuma kita belajarlah cara menasihati, belajar untuk memikat hati suami, dan sebagainya. Sebab tidak semua orang yang mahu teruskan perkahwinan. Kes ini kalau rasa sudah tidak mampu lagi hidup bersama, so jawapannya adalah berpisah. Itu kalau tanya saya sebagai seorang peguam syari’e.

Pilih sendirilah sama ada nak teruskan berkahwin dengan cara merawat rumah tangga ataupun kita nak berpisah. Kalau nak berpisah, kita kena fikir apa method penceraian yang sesuai. Penceraian cara baik ke, fasakh ke, taklik ke semuanya bergantung kepada fakta kes hidup kita. Saya tidak boleh pukul sama rata. So, pilih sendiri.

Soalan ketiga, dalam enakmen keluarga islam ada atau tidak peruntukan khas tentang upah menyusu kepada bekas isteri yang diceraikan ketika mengandung dan telah habis iddah setelah melahirkan? Bekas suami masih perlu berikan nafkah iddah atau tidak kepada bekas isteri yang diceraikan sewaktu masih mengandung?

Gambar Hiasan : Pinterest

Dalam surah At-Talaq ada menyebutkan tentang upah menyusu kepada bekas isteri. Memang ada disebutkan tanggungjawab isteri ini memang wajib menyusukan anak. Kalau isteri itu bagi, ia dikira upah perlu diberikan kepada isteri tersebut. Cuma, dalam undang-undang tidak ada satu pun peruntukan khas untuk upah susu. Maksudnya, apabila berlaku penyusuan kepada anak yang telah dilahirkan, isteri ini dia minta duit upah susu. Tetapi, si suami tidak mahu bagi.

Kes ini kita tidak boleh buat tuntutan itu di mahkamah dan tidak ada pun tuntutan yang dinamakan tuntutan upah menyusu. Sama juga apabila telah berlaku kes penceraian, tidak ada istilah upah menyusu. Yang ada adalah tuntutan nafkah iddah, mut’ah (nafkah tertunggak), hutang dalam perkahwinan, harta sepencarian dan beberapa perkara lagi.

Upah menyusu ini kita biasa kategorikan dalam nafkah mut’ah sebab mut’ah adalah sagu hati selepas penceraian. Hal ini demikian kerana seorang isteri yang diceraikan tanpa alasan yang munasabah, dia berhak mendapat nafkah mut’ah. Berhak untuk mendapat sagu hati selepas bercerai atau sebagai hadiah.

Bekas isteri tuntut sahaja, dia wajib dapat. Kita boleh buat tuntutan mut’ah tetapi jumlah itu unpredictable. Tidak dijangka dan terpulang. Kalau tak tahu, minta nasihat peguam.

Contoh seorang isteri yang diceraikan oleh suaminya tanpa sebab yang munasabah, dia berhak untuk mendapat mut’ah (Sagu hati). Tafsiran lainnya adalah hadiah selepas bercerai. berhenti kerja untuk membesarkan anak-anak

Bekas isteri tuntut sahaja, dia wajib dapat. Antaranya, dengan menceritakan di mahkamah mengenai pengorbanan-pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang tempoh berkahwin. Kalau kata tempoh perkahwinan sudah lebih 10 tahun, contohnya kita melahirkan anak, kita berhenti kerja semata-mata besarkan anak. Selain itu, menyusukan anak. Kita yang basuh baju, masak, kita yang segala-galanya.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat.

Artikel telah disediakan oleh penulis wk.com

Untuk dapatkan lebih pencerahan, tekan link Fahmi Ramli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *