1 HARI 1 CERITA PALESTIN 2 – Made With PosterMyWall

Dibunuh dan dilarikan jenazahnya demi kepentingan Israel

Pada 22 April 2021 lalu, israel telah menyerahkan jenazah seorang remaja yang mereka bunuh pada 29 April 2018 kepada keluarga setelah 3 tahun berlalu.

Yousef Jasser Abu Jazar, 16 tahun adalah salah satu daripada 3 pemuda yang diculik setelah dibunuh tiga tahun lepas ketika Great Return March berdekatan pagar sempadan di Rafah.

Alasan israel, ketiga-tiga mereka cuba merosakkan pagar sempadan!

Semestinya, ia bukanlah penyerahan kerana simpatinya musuh. Tetapi setiap jenazah akan ditukar melalui rundingan tawar-menawar.

Sama ada dengan maklumat penting yg musuh inginkan, tahanan sesama tahanan, mahupun pertukaran apapun mengikut rundingan yang dipersetujui.

Sebelum jenazah diserahkan kepada keluarganya, mereka disembunyikan terlebih dahulu di dalam kubur yang bertanda dengan nombor siri sahaja, peti mayat ataupun gravestone bernombor (mengikut file pihak berkuasa israel).

Penahanan ini juga adalah merupakan satu taktik israel agar rakyat Palestin menjadi takut dengan hukuman dan tidak menyertai mana-mana aktiviti penentangan (protest) terhadap israel.

Mereka lupa, satu SYAHID, berjuta BANGKIT.

Nurul Huda Mamat
Aktivis Cakna Palestin

Sumber:https://www.google.com/amp/s/www.al-monitor.com/originals/2021/05/israel-buries-palestinians-numbered-graves%3famp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *