Try

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua rakyat di seluruh Kelantan terbahagi kepada 2 kategori iaitu video & foto.

OBJEKTIF PERTANDINGAN:

 Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjaga hubungan kekeluargaan, kasih sayang dalam sebuah institusi keluarga

 Merapatkan hubungan ukhwah dalam keluarga antara ibu bapa, anak-anak dan sanak saudara dalam membentuk keluarga bahagia di dunia dan akhirat

 Menjadikan keluarga tempat rujukan utama dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi dalam keluarga

HADIAH YANG BERNILAI UNTUK DIMENANGI:

Pemenang-pemenang video terbaik akan menerima hadiah seperti berikut:
a) Johan : Tunai RM 700.00 dan sijil penyertaan
b) Naib Johan : Tunai RM 500.00 dan sijil penyertaan
c) Tempat Ketiga : Tunai RM 300.00 dan sijil penyertaan
d) Saguhati : Tunai RM 150.00 x 10 orang dan sijil penyertaan

Manakala untuk pemenang-pemenang foto terbaik akan menerima hadiah seperti berikut:
a) Johan : Tunai RM 200.00 dan sijil penyertaan
b) Naib Johan : Tunai RM 150.00 dan sijil penyertaan
c) Tempat Ketiga : Tunai RM 100.00 dan sijil penyertaan
d) Saguhati : Tunai RM 50.00 x 10 orang dan sijil penyertaan

Sekiranya anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila lengkapkan maklumat di dalam pautan di bawah:
https://forms.gle/XQkbBysG885EwW7C8

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi:
https://www.wasap.my/60139836915/NakJoinPertandingan

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 29 September 2019 sebelum jam 5.00 petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *