Chinese New Year

Akulturasi dan asimilasi kaum yang berlaku di kalangan masyarakat Kelantan sudah tidak asing dan amat jelas di perhatikan terutama di musim- musim perayaan.

Masyarakat cina yang telah menerima sebahagian dari budaya orang Melayu Kelantan menyambut Perayaan Tahun Baru Cina dengan penuh muhibbah dan harmoni.

Seperti orang Melayu Kelantan yang boleh menerima fesyen pakaian seperti ceongsam, Kaum Cina Kelantan juga lebih selesa dan menerima pakaian kain batek sarung dan berbaju kurung. Akulturasi kaum ini kita dapat perhatikan dengan mudah dalam masyarakat Cina, Siam, India dan Melayu Kelantan. Sudah menjadi kebiasaan wanita Cina Kelantan memakai selendang menutup sebahagian kepala. Situasi ini tidak pelik di Kelantan. Malah ada lelaki Cina pun di lihat selesa memakai kain pelikat.

Sumber https://www.edisiviral.com/

Dari sudut bahasa pula, kita boleh melihat orang-orang Kelantan menggunakan bahasa perbualan yang sama iaitu loghat Kelantan. Bukan Melayu Kelantan amat fasih berbahasa loghat Kelantan. Bahasa adalah contoh yang paling jelas menunjukkan rakyat Kelantan menerima proses Akulturasi dengan baik. Proses Akulturasi adalah satu proses penerimaan kebudayaan golongan majoriti tanpa mengubah budaya asal mereka.

Lihat pula hidangan di musim- musim perayaan. Tanpa meninggalkan budaya turun temurun kaum asal mereka, masyarakat Cina Kelantan sudah menerima sebahagian menu tradisi masyarakat Melayu seperti Nasi Impit, Satay, Nasi Dagang dan lain-lain lagi. Tidak pelik juga orang Cina Kelantan juga makan Budu .

Kemesraan dan keharmonian antara kaum ini seakan sudah tiada apa yang dapat membezakan antara kaum Melayu majoriti dan kaum Cina Kelantan. Rakyatnya hidup harmoni di bawah pemerintahan Membangun Bersama Islam.

Disediakan oleh:
Dr Wan Martina Bt Wan Yusoff
Aktivist Kemasyarakatan Orang Asli Kelantan
Misi Kembara Dakwah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *