Datin Alyah

Nisa’ Talent Time (NTT) menjadi satu bukti Kerajaan Kelantan tidak pernah menyekat sebarang hiburan di negeri Kelantan. Semasa YB Hjh Mumtaz Md Nawi merasmikan majlis tersebut, beliau berkata “Isu yang sering diperkatakan mengenai hiburan dan media seni ialah ia boleh mengundang maksiat. Bagaimanapun, bukan semua konsert tidak baik. Konsert nasyid, juga konsert yang mengandungi lagu-lagu berunsur nasihat serta menjaga batas-batas yang ditetapkan syariat, adalah dibenarkan dalam Islam.”

Seramai 35 orang peserta telah menguji bakat masing-masing sempena NTT yang diadakan di Dewan Kelantan Trade Centre semalam. Peserta tidak perlu risau dan sangsi tentang aurat kerana antara juri yang dijemput semuanya di kalangan wanita iaitu Datin Alyah sebagai Ketua Juri, Puan Rosmaria Abd Hamid, Cik Noor Amiera Saila Bt Ramlee merupakan Pegawai Kebudayaan Pusat Ko-Kurikulum UMK serta 10 orang juri awam terdiri daripada wakil Kelab Kekwa, Kelab Suara Muda, Kelab Chempaka, Puspanita dan Majlis Perundingan Wanita Negeri Kelantan. Pada malam itu juga, petugas-petugas semuanya di kalangan wanita termasuk petugas pentas, rakaman video dan jurukamera serta penonton hanya wanita sahaja dibenarkan masuk.

Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang yang telah memenangi pertandingan pada kali ini dan tidak lupa juga ucapan tahniah kepada semua para peserta kerana berani mencuba menyerlahkan bakat anda semua dalam pertandingan Nisa Talent Time 2017 pada kali ini. Bagi peserta yang tidak berjaya pada kali ini, InShaaAllah boleh cuba pada lain masa dengan mengikut syara’ yang betul seperti yang berlangsung pada hari ini, menurut beliau ketika merasmikan program, tersebut di Kelantan Trade Centre,Siti Atikah Abd Halim yang juga merupakan seorang peguam telah merangkul juara, tempat kedua dimenangi Nik Farah Aina Hariman dan tempat ketiga dimenangi Adeela Rahayu Roslan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *