Gimik

KOTA BHARU, 24 Januari — Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Dato’ Muhammad Rizam Tengku Abdul Aziz berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan disini, hari ini.

Image may contain: 2 people, text

Baginda yang tiba kira-kira jam 10.45 pagi yang diiringi Tengku Puan Temenggong Tunku Puan Sri Dato’ Hajjah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Kerajaan Negeri kelantan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Demit, Hajjah Mumtaz Md Nawi, Pengetua Akademi Al Quran Kota Bharu Syeikh Hesham Abdel Bari Rageh dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki selaku penceramah Bicara Wanita Anggun.

Image may contain: 1 person, text

Dalam pada itu, Majlis Perasmian Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah ini diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-quran dan persembahan puisi 3 generasi.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Mumtaz Md Nawi dalam ucapannya, mengalu-alukan keberangkatan baginda untuk merasmikan majlis perasmian pusat sumber Sayyidatina Hafsah yang membuktikan kecaknaan baginda terhadap ilmu pengetahuan.

Beliau berkata nama Sayyidatina Hafsah dipilih untuk dinamakan pusat sumber adalah kerana ketokohan beliau yang hebat dalam menimba ilmu.

“Menyeru kepada semua agar memburu ilmu pengetahuan melalui pembacaan sepanjang hayat dan jadikan pembukaan pusat sumber ini akan menjadi inspirasi kepada semua untuk mudah memperoleh ilmu,” katanya dalam ucapan Majlis Perasmian Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah disini, hari ini.

Dalam pada itu,Tengku Temenggong Kelantan, bertitah agar pusat sumber Sayyidatina Hafsah ini dapat membantu semua rakyat Kelantan untuk mendapatkan maklumat ilmu dengan tepat dan mudah terutamanya wanita dengan mengambil contoh yang terbaik dari isteri Rusulullah dalam menimba ilmu pengetahuan.

Baginda kemudian, menyempurnakan gimik perasmian pusat sumber Sayyidatina Hafsah dan penyerahan cek diikuti oleh Tengku Puan Temenggong Kelantan menyumbang buku-buku diraja kepada Hajah Mumtaz Md Nawi.

Sebelum itu, Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan, Azizi Zainudin memberi taklimat secara ringkas objektif Pusat Sumber Sayyidatina Hafsah untuk menjadi pusat informasi maklumat secara interaktif dan pusat rujukan tentang wanita Kelantan khususnya dalam menimba ilmu.

Dalam pada itu juga, Azizi berkata Perpustakaan ada menyediakan keperluan asas kepada semua antaranya 300,000 ribu nashkah buku untuk dijadikan rujukan oleh pelajar mahupun pekerja serta Perkhidmatan Multimedia dan Internet, OPAC dan Perkhidmatan Photostat disini, hari ini.

Selain itu, Majlis perasmian ini juga dipenuhi dengan bicara wanita anggun oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dari selebriti dakwah menceritakan kelebihan Sayyidatina Hafsah adalah seorang yang bijak menguruskan perbelanjaan harta, berilmu serta mampu mengungkapkan kata -kata dengan lancar dan puitis dalam kehidupannya sempena nama pusat sumber Sayyidatina Hafsah.

Majlis ini berakhir dengan gimik pelancaran 10 buah buku yang terpilih iaitu buku Kelantan Cakna Wanita, buku Kelantan Cakna Keluarga, buku Kelantan Cakna Kebajikan, buku teks jahitan, buku Sinar Thuraya, buku Suri Hati Tok Guru dan buku Jelira Koleksi Resepi Masakan Kelantan.

Sementara itu, Baginda Tengku Temenggong kelantan dan Tengku Puan Temenggong turut tidak melepaskan peluang melawat pusat sumber Sayyidatina Hafsah di Perpustakaan Awam Kelantan. Baginda meninggalkan majlis perasmian ini kira-kira jam 12.50 tengah hari .

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Image may contain: 15 people, people smiling, people standing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *