Deklarasi Kota Bharu

Sambutan Hari Sayyidatina Khadijah 2019 telah berjaya menganjurkan 3 persidangan antarabangsa iaitu:

  1. Persidangan Tahunan International Muslim Women Union(IMWU)
  2. Muslimah International Summit of Kelantan 2019 (MISK)
  3. International Young Muslimah Forum (Al-YOUM)

Resolusi-resolusi persidangan ini telah dibentangkan oleh YB Ustazah Asmak Husin, Ahli Dewan Negara pada 26 Jun 2019 semasa penutup Niswah Sharing Session.

International Muslim Women Union (IMWU) dalam mesyuaratnya di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia  pada 24 Jun 2019 telah menetapkan lima resolusi berikut;

  1. Memperkasakan wanita muslim sangat penting untuk menguatkan asas unit keluarga dalam masyarakat. Keluarga yang kuat adalah tiang untuk membina ummah yang lebih cemerlang.
  2. Menggesa langkah berterusan untuk memperkasakan institusi keluarga bagi mendepani ancaman LGBT.
  3. Menubuhkan Sayap Wanita Muda dalam usaha membina jaringan Wanita Muda Islam.
  4. Menjadikan Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) di Negeri Kelantan sebagai salah satu rujukan dalam pembinaan Islamic Development Goals (IDG).
  5. Mengukuhkan jaringan IMWU dengan organisasi dan pertubuhan terkemuka di peringkat antarabangsa.

Pada 27 Jun 2019, telah berlangsung Muslimah International Summit Kelantan (MISK) yang telah merumuskan 5 usul utama:

  1. Menjadikan Sayiditana Khadijah sebagai Ikon Wanita Muslimah Sedunia.
  2. Peranan Wanita bermula dari dalam keluarga hingga ke peringkat Antarabangsa.
  3. Wanita Muslimah merupakan nala sumber dalam membina keseimbangan kehidupan.
  4. Memperkukuh sistem sokongan dalam usaha memperkasa Wanita Muslimah.
  5. Wanita Muslimah adalah salah satu tonggak utama dalam pembangunan mapan (SDG).

Pada masa yang sama, peserta Persidangan International Young Muslimah Forum (Al-YOUM) juga telah bersetuju dan menyokong 5 usul utama hasil dari persidangan iaitu:

  1. Menjadikan Fatimah Az-Zahra’ sebagai suri teladan dan ikon Muslimah Muda.
  2. Muslimah Muda memiliki potensi yang perlu dibangunkan secara berterusan.
  3. Keperluan memperkukuh kemahiran Advokasi Dakwah di Dunia Realiti & Maya.
  4. Menjadikan Social Media sebagai salah satu platform membangun ummah.
  5. Menggunakan semua sumber yang ada secara optimum dalam memperkasa ummah.

Semoga resolusi ini akan dilaksanakan di peringkat negeri, Negara dan Malaysia.

Deklarasi Kota Bharu ini telah mendapat tandatangan dari 15 orang IMWU COT Members dan 33 IMWU Members

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *