13

Puan K.A. Razhiyah dilahirkan pada tanggal 4 Disember 1959 di Kota Bharu Kelantan. Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan lelaki Jerman Mr. Klauz Hans Joachin Muller, seorang jurutera.

Tokoh Sayyidatina Zainab Khuzaimah ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu pada tahun 1974 di peringkat LCE, kemudiannya melanjutkan pengajian beliau di beberapa institusi pendidikan yang lain antaranya, Sekolah Methodist Seremban, Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dan Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur pada tahun 1990. Kesungguhan dan kecintaan beliau kepada ilmu akademik akhirnya berbayar apabila beliau mendapat segulung ijazah di dalam jurusan pendidikan khas dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1997.

Puan K.A. Razhiyah banyak menyumbang bakti beliau kepada masyarakat, terutama kepada golongan istimewa, apabila beliau menabur bakti sebagai guru pendidikan khas sejak dari tahun 1990 lagi. Pada tahun 2007 beliau telah di lantik sebagai guru cemerlang pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Kota Bharu sehingga sekarang.

Puan K.A. Razhiyah turut mengharumkan nama Kelantan di persada antarabangsa apabila beliau telah di anugerahkan SENIA Advocacy Award, iaitu Anugerah Guru Pendidikan Khas Terbaik Asia 2019 dan turut dinobatkan sebagai Top 50

Finalist Global Teacher Prize bagi tahun 2018 oleh Yayasan

Varkey London United Kingdom.

Sejak berkhidmat di SMK Panji pada 2006, beliau memperkenalkan program Teratak Spa iaitu projek yang memberi peluang kepada pelajar istimewa mengendalikan rawatan kecantikan, seperti rawatan muka, kaki dan urutan tangan. Kejayaan ini mengharum nama beliau di peringkat kebangsaan apabila telah di anugerahkan sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Khas sebanyak dua kali dan tiga kali di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selain terlibat dalam bidang pendidikan khas, beliau turut menceburkan diri di dalam bidang penulisan bahan ilmiah dan kreatif serta banyak menulis skrip-skrip TV. Sepanjang karier beliau, sebanyak 46 rencana dan laporan telah diterbitkan di dalam bidang pendidikan dan 31 rencana di dalam bidang penulisan dan teater. Kejayaan beliau di dalam penulisan skrip terserlah apabila karya beliau telah di calonkan di dalam anugerah Skrin TV3 melalui drama Kehangatan Lantana pada tahun 2008 dan Rendang untuk Mertua pada tahun 2006.

Beliau turut melibatkan diri sebagai penceramah dan fasilitator di dalam program-program peringkat antarabangsa, antaranya sebagai penceramah di Hui Dong Center for Special Education di Vietnam, sebagai Moderator di EduTech Asia di Singapura, Pembentang Southeast Asia Minister of Education Organization di Bangkok dan sebagainya.

Pada 28 Mac 2019 yang lepas, beliau telah di jemput khas oleh beberapa saluran TV bagi sesi temuramah segmen Inspirasi untuk berkongsi kejayaan-kejayaan yang telah di tempa oleh beliau di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Saya menganggap pelajar istimewa ini seperti anak sendiri dan cuba menyampaikan ilmu kepada mereka sebaik mungkin sehingga menjadi insan yang berguna dan berjaya di sebalik kekurangan diri masing-masing”.

Semangat dan jasa Tokoh Wanita ini kepada anak-anak istimewa dan masyarakat sememangnya wajar di jadikan inspirasi dan contoh kepada semua wanita Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *