AL YOUM

#HariSayyidatinaKhadijah2019 anjuran U-Kekwa menyediakan ruang dan peluang menerusi platform International Young Muslimah Forum (Al-YOUM) untuk muslimah muda bermuzakarah, berdialog dan saling bertukar pandangan dengan panel secara ilmiah dan santai bertomakninah.

Inilah masa dan ketikanya beliawanis Kelantan yang bijaksana lagi solehah berforum secara berhemah dan berhikmah bagi menyerlahkan fikrah dan ‘izzah mewakili suara muslimah berusia 40 tahun ke bawah, dari negeri kecil di timur laut semenanjung Malaysia Barat yang serba sederhana namun memiliki rakyat yang berjiwa besar dan bersedia beraksi di persada antarabangsa.

Siiru ‘ala barakatillah ya akhawat.😊

Credit : Zana Zanzaly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *