BUKU CMATA 120619

Dua puluh sembilan tahun negeri bertuah ini ditadbirurus oleh saf pimpinan berjiwa tawaduk.

Negeri Serambi Mekah menerima kecaman lisan-lisan kurang muluk berjiwa bobrok dengan jolokan negeri serba dhaif yang diperintah oleh lebai kampungan yang tidak semenggah mana, tetap tekal tabah memartabatkan ‘izzah para muslimahnya tidak terkecuali muslimah seluruh dunia pada tempat yang bukan biasa-biasa.

Meskipun hanya dengan dana seumpama hamba beremas sesaga yang berperahu layar tanpa kuasa tenaga luar biasa yang mahu mengharungi cabaran di samudera antarabangsa, tugas mendaulatkan kecemerlangan ilmu dan tamadun ummah tetap digalas kemas tanpa culas.

Bertebarlayarkan keimanan, para jentera kerajaan di bawah wadah Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita (U-KeKWa) hanyalah berdayungkan keyakinan tiada berbelah bahagi kepada Yang Maha Memberi Rezeki dan wala’ kepada pimpinan negeri.

Semoga jiwa seluruh rakyat Kelantan semulia Khadijah r.a dan seluruh para sahabah/sahabiah kekal cekal beristimrar memanifestasikan cinta tiada tara dan tanpa syarat ini demi reda Ilahi.

Credit : Zana Zanzaly

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *