Copy Of Try (4)

Setiap insan memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitu juga dengan golongan istimewa ini. Mereka juga memiliki keistimewaan mereka yang tersendiri.

Sumber : Google

Ingatkah lagi kita cerita mengenai sahabat istimewa Rasulullah SAW, Abdullah bin Ummi Maktum yang lahir dalam keadaan buta matanya? Meskipun keadaan fizikalnya yang tidak sempurna, beliau tekad untuk keluar berjihad walaupun diberikan pengecualian.

Beliau tidak berputus asa mengutarakan hasratnya untuk turut serta berperang bersama barisan kaum mujahidin dan mengatakan kepada sahabat-sahabat Rasulullah SAW, “Letakkan aku di antara dua barisan (Islam dan musuh) sebagai pembawa bendera. Aku akan memegangnya erat-erat untuk kamu. Aku buta, kerana itu aku pasti tidak akan lari.” Berkat kesungguhannya itu, beliau mendapat ganjaran syurga di atas kewafatannya di medan perang.

Sumber: Google

Bila membaca kisah sahabat Rasulullah ini, teringat akan seseorang yang juga mengalami cacat penglihatan. Siapa yang tidak kenal dengan Muhammad Qayyim Nizar, 25, pemilik suara yang merdu apabila mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran di negara kita?  Muhammad Qayyim juga mengalami cacat penglihatan sejak lahir. Namun, kekurangan itu tidak menghalangnya untuk mendalami minatnya terhadap Al-Quran. Justeru, sumbangan al-Quran Braille yang diberikan kepadanya sangat membantunya dalam membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Bahkan baru-baru ini, Muhammad Qayyim telah mendapat Johan bagi Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023. Sempena Majlis Pelancaran Dasar Anak Yatim Islah dan Dasar Oku Muqarrabun yang diadakan pada 20 Jun yang lepas, Kerajaan Negeri Kelantan telah menganugerahkan Muhammad Qayyim sebagai OKU Cemerlang bagi meraikan kemenangan yang diperolehi tersebut.

Sumber: Google

Oleh itu, golongan istimewa yang lain juga mampu meraih kejayaan yang diimpikan dengan cara mereka tersendiri. Meskipun terkadang takdir tidak menyebelahi, kejayaan pasti akan datang sekiranya ada kecekalan dalam diri dan tidak mudah berputus asa. Manfaatkanlah segala bantuan yang diperoleh daripada mana-mana pihak sebaik mungkin dalam menggapai keinginan.

Jangan menjadikan kekurangan yang dimiliki sebagai titik kelemahan, malah jadikanlah ia sebagai keistimewaan yang berharga dengan cara tersendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *