6

Puan Sawani binti Wan Mohamad Nawi atau lebih di kenali sebagai Kak Wani di lahirkan pada 1 Jun 1963 di Kampung Rahmat Kuala Krai Kelantan. Beliau berkongsi hidup bersama Encik Ahmad Rashidi bin Muhammad dan telah di kurniakan 8 orang cahaya mata, 4 lelaki dan 4 perempuan. Beliau menyara keluarga dengan berniaga secara kecil-kecilan.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Wakaf Bharu pada tahun 1975, seterusnya ke peringkat SPM pada tahun 1983 di Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1. Walaupun beliau hanya sempat melanjutkan pengajian peringkat menengah namun kesungguhan beliau dalam pendidikan di terjemahkan kepada anak-anak beliau yang sebahagiannya telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Anak sulung beliau yang kini berusia 36 tahun, Puan Nor Ashikin Nada kini berada dalam tahun akhir di peringkat Ijazah Kedoktoran PhD di Universiti Malaya. Dua daripada anak beliau merupakan lulusan Sarjana Muda dan yang lain, meneruskan kerjaya di dalam bidang perniagaan. Walaupun bergelar ibu tunggal, kegigihan dan keazaman beliau untuk melihat anak-anak beliau berjaya di dalam pendidikan patut di contohi oleh ibu-ibu lain. Kejayaan beliau terserlah apabila hampir kesemua anak-anak beliau berpendidikan tinggi dan mampu untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Walaupun bergelar seorang ibu tunggal, beliau turut aktif di peringkat kawasan dan cawangan. Istiqamah dan kesungguhan beliau di dalam gerak kerja Islami terserlah apabila beliau di beri tanggungjawab sebagai Ketua Muslimat Cawangan Kg. Rahmat. Selain itu, beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai AJK Dewan Muslimat Kawasan Kuala Krai. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa Halwa Dun Guchil.

Gerak kerja Islam ini amat di titik beratkan oleh beliau.

Beliau sentiasa menjaga nama baik arwah suaminya, berikutan arwah suaminya, Almarhum Ahmad Rashidi merupakan peserta halaqat yang sangat di kenali di kawasan Kuala Krai.

Selayaknya beliau dinobatkan sebagai Tokoh Siti Aminah Abd Wahab diatas komitmen dan kesungguhan beliau sebagai seorang aktivis sosial di samping keupayaan beliau mendidik, dan membesarkan anak-anak beliau dengan kudrat sebagai seorang ibu tunggal. Kejayaan mendidik 8 orang anak dan pada masa yang sama bergerak aktif serta menyumbang bakti tenaga kepada Islam pastinya perlu di contohi oleh ibu-ibu tunggal mahupun semua wanita Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *