Masyarakat

Nur Amalina binti Ismail berasal daripada Limbat, Kota Bharu, Kelantan. Beliau yang berumur 27 tahun telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gong Dermin dan memilih Sekolah Menengah Ugama (Agama) Taqaddum Maarif bagi meneruskan pengajian di peringkat sekolah menengah bermula pada tahun 2005 sehingga 2008. Kemudian beliau berpindah ke Maahad Syamsul Maarif (Perempuan) Machang, Kelantan dan berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 2009.

Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru selama setahun di Children Islamic Centre, Bangi. Di samping itu, ikon ini juga menawarkan diri sebagai sukarelawan di Islamic Outreach ABIM Kelantan selama lebih kurang 4 tahun dan sebagai penggerak masyarakat orang asli (PMOA) JAKIM bermula pada tahun 2014 dan masih bergiat aktif sehingga sekarang. Beliau disatukan dengan Muhd Fardhu bin Angah yang berketurunan orang asli Temiar serta dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Ain Farhana binti Mohd Fardhu dan Mohammad Amsyar bin Mohd Fardhu. Anak sulungnya berumur 5 tahun dan masih belajar di PASTI Al-Akhlak Gua Musang.

Ikon ini pernah merangkul anugerah pendakwah rimba negeri Kelantan pada 2017 dan masih mengekalkan pencapaian cemerlang dengan menyantuni masyarakat sekaligus berjaya mengislamkan hampir 20 orang Asli.

Kelebihan beliau yang mampu bertutur dalam bahasa orang Asli Temiar mungkin menjadi faktor terbukanya hati mereka untuk mengenali Islam yang boleh dijadikan sebagai pegangan hidup selagi hayat dikandung badan. Tidak terhenti disitu, Nur Amalina juga melunaskan kefardhuan sebagai seorang Muslim dengan bersama-sama menguruskan jenazah orang Asli di pos tuel yang melibatkan seorang warga emas dan seorang kanak-kanak. Beliau juga berbakat dalam menghasilkan kraftangan orang asli seperti selendang (tempo).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *