Bicara Sayyidatina Aishah Ra – Made With PosterMyWall

Kelantan mempunyai ikonnya iaitu Siti Khadijah. Manakala Terengganu ikonnya adalah Siti Aishah.

Keperibadian Sayyidatina Aishah antaranya adalah salah seorang yang fasih dan petah bercakap. Bagaimana mahu menjadi fasih sepertinya dan banyak memberi manfaat kepada orang lain?

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 125 maksudnya:

‘Serulah, (Ajaklah atau panggillah manusia) ke jalan TuhanMu wahai Muhammad dengan hikmah dan kebijaksanaan dengan nasihat dan pengajaran yang baik. Dan berbahaslah dengan mereka dengan yang engkau sebutkan itu dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya TuhanMu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah dan petunjuk.

Gambar Hiasan : Pinterest
Gambar Hiasan : Pinterest

Bagaimana mahu menjadi seperti Sayyidatina Aishah r.a:

  1. Fitrah kanak-kanak perempuan kebiasaannya lebih cepat pandai bercakap. Maknanya, jangan sampai membantutkan perkembangan ini.Kepintaran wanita dalam menguasai bahasa dan mengatur ayat. Sentiasa berikan galakan dan ransangan supaya anak perempuan kita boleh berbicara yang baik dan berbicara itu biarlah untuk kebaikan agama.
  2. Genetik dari kedua-dua ibu bapa adalah salah satu faktor keperibadian Sayyidatina Aishah r.a terbina. Baka yang baik ini dan latihan yang betul menjadikan Sayyidatina Aishah pandai berbicara serta diberikan latihan yang baik semenjak dari kecil.
  3. Pendidikan dan pendedahan awal. Ertinya di seluruh dunia dan semua tempat, kita perlu mempunyai modul pendidikan awal, minda dan kemahiran psiko motor kognitif kanak-kanak agar anak-anak perlu hanya didedahkan perkataan yang baik dan bermanfaat.Sayyidatina Aishah r.a berkahwin dengan Rasulullah SAW ketika usia muda.
  4. Berkahwin di usia muda dan di bawah pantauan Rasulullah SAW.  2 per 3 daripada masa anak tersebut perlukan pendidikan formal demi pembentukan personaliti dan perwatakan ummah itu berada di rumah.  Maknanya etika dan zaman asuhannya di bawah pantauan Rasulullah SAW kurang 10 tahun. Anak gadis kita yang masih lagi suci, polos pemikirannya, tidak tercemar dengan unsur-unsur negatif menjadi subur dan berkembang harus dijaga dari peringkat awal.
  5. Sahabat-sahabat ayahandanya pemidato. Dikelilingi oleh pemidato-pemidato sangat hebat, tepat dan bernas percakapan mereka. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersama dengan para sahabat dan mereka boleh membawa perubahan kepada masyarakat.  Cipta suasana di rumah menjadi biah solehah.
  6. Manfaatkan 5 deria utama. Keseimbangan deria 5R.
  7. Kaedah bercakap. Formula dan kaedah serta kursus yang dipamerkan oleh Sayyidatina Aishah r.a apabila bercakap, beliau sangat visualised maknanya berbicara dengan nada yang yakin, eyes contact yang jelas kerana kesemua yang berlaku itu kerana Rasulullah SAW bercakap ketika wahyu itu sedang turun, memahami setiap yang berlaku, yakin, bercakap dari hati dan seorang yang selalu diminta untuk memberi idea.
  8. Diberi kepercayaan. Diberi peluang dan ruang.
  9. Mengetahui asbabun nuzul dan asbabul wurud. Mempelajari sejarah dan asal usul serta punca.
  10. Fitrah mencintai ilmu, kekuatan berfikir dan memahami ilmu.
  11. Kuat dhabitnya dan menyimpan rekod. Sayyidatina Aishah r.a sentiasa kuat mencatat, menyimpan al-quran dan menghargai proses keilmuan,
  12. Teliti dan tashih riwayat. Sayyidatina Aishah r.a adalah perawi 2210 hadis dan berada di tangga ke-4 dalam senarai perawi hadis. Pengiktaran buatnya.
  13. Wanita cerdas dan mengambil peluang belajar.
  14. Dididik berani untuk berhujah dengan ilmu dan fakta. Perlu pembinaan jati diri.
  15. Tidak takut mengakui kesalahannya dan bertaubat demi mencari keadilan. Proses pembelajaran yang realistik.
  16. Berprinsip dan memiliki jati diri yang tinggi.
  17. Memiliki keimanan dan tauhid yang tinggi. Ada teras serta paksi sebagai rujukan.
  18. Penyabar dan menghormati orang lain.
  19. Memahami fungsinya selaku Ummahatul mukminin. Menyampaikan isu-isu kewanitaan, feqah rumahtangga serta memahami peranan dan sebab dari awal. Misalnya, isu fiqh wanita dan banyak lagi.
  20. Seorang yang inklusif dan suka bertanya. Menyuburkan budaya soal jawab.
  21. Medium mudah menyampaikan dakwah. Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepadaNya. (Al-Fusilat: 33)
  22. Menyampaikan islam adalah tugas lelaki dan wanita. Wajib dan fardhu ain. Penyebaran ilmu kita pada hari ini adalah melalui media sosial.
  23. Pakar rujuk ilmu, hadith, fiqh dan faraid. Tugas hakiki Ummul mukminin.
  24. Ucapan yang benar dan pidato yang mantap. Cara islam menegakkan kebenaran, tahap paling awal ialah bersuara dan tertinggi dengan kuasa.

Bagaimana kisah Sayyidatina Aishah r.a ini ketika terheret dalam fitnah dan bagaimana perkaitannya dengan suasana wanita kini?

Gambar Hiasan : Pinterest

Suatu tuduhan atau fitnah daripada kaum musyrikin yang melibatkan Sayyidatina Aishah r.a. telah berlaku. Sayyidatina Aishah r.a menghadapinya dengan sabar dan masih menunjukkan akhlak yang baik seperti boleh menghormati orang lain semasa diuji dengan peristiwa al ifki dan ketika perang jamal.

Hal ini kerana dalam usaha dakwah dan peperangan, Rasulullah tetap membawa isteri-isterinya ke medan perang secara bergilir-gilir. Ini menunjukkan satu keseimbangan kepada kita di antara wanita dan lelaki di dalam pembangunan masyarakat. Kalau suaminya pemimpin, isteri juga pemimpin. Walaupun tidak pegang jawatan dan gaji, tetapi hal ini sama penting dan saling melengkapi walaupun skop isteri dengan suami itu berbeza.

Gambar Hiasan : Google

Maknanya sekarang ini kita dilanda musim Covid-19, seorang suami dan keluarga juga memahami bahawa keperluan masing-masing untuk berada di pentas sebenar.

Jadi, apabila fitnah berlaku kepada Sayyidatina Aishah r.a, ibrah kepada kita sebagai wanita sekiranya hendak cari barang yang hilang atau ke mana-mana mestilah ada peneman. Alhamdulillah dalam kes ini, Sayyidatina Aishah r.a dibela oleh Allah SWT.

Gambar Hiasan: Pinterest

Aishah r.a memahami peranannya sebagai Ummahatul mukminin yang muda dan yang paling akrab dengan Rasulullah SAW. Selain itu, ibrah yang boleh diambil:

1 . Proses pembelajaran dan keilmuan serta latihan (Tarbiyah) sepanjang hayat.

2 . Role model dan kepimpinan dalam islam bermula dari keluarga dan rumahtangga.

3 . Penambahbaikan ruang untuk berubah dan sistem teguran.

4 . Fungsi ayah sebagai murabbi.

5 . Ahli keluarga Rasulullah SAW qudwah kerajaan kecil. 

Kesimpulan

Kita selepas ini jika dengar tentang Aishah, Ummu Salamah, Juwairiah, mana-mana isteri dan anak nabi, pandanglah mereka sebagai contoh ikutan. Kalau tidak boleh ikut semua, jangan tinggal semua. Sekurang-kurangnya kita kena faham mereka ini adalah qudwah hasanah.

Janganlah kita jadikan orang lain sebagai role model tanpa mengetahui pengorbanan dan perjuangan mereka sepanjang pembangunan islam. Bercita-citalah agar kita semua dipertemukan di akhirat kelak.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Link asal di FB Page YB Dato’ Hjh Mumtaz official

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *