Kisah Wahsyi Ra – Made With PosterMyWall

Siapakah Wahsyi? Wahsyi merupakan seorang pembunuh Syuhada’ Sayyidina Hamzah bin Abdul Mutalib dalam peristiwa perang Uhud sebelum memeluk islam. Kemudian, Wahsyi r.a tebus kesalahannya dengan membunuh Musailamah al-Kazzab yang mengaku menjadi nabi pada zaman Sayyidina Abu Bakr As-Siddiq r.a.

Gambar Hiasan : Pinterest

Nama penuh Wahsyi r.a adalah Wahsyi Bin Harb. Wahsyi selalu pegang tombak atau lembing kepunyaannya dan selalu menyebut: ‘Aku telah membunuh sebaik-baik manusia dengan tombakku ini.’ Wahsyi juga berkata, ‘Aku juga telah membunuh sejahat-jahat manusia dengan tombakku ini.’

Gambar Hiasan: Google

Untuk pengetahuan semua, Wahsyi r.a ini adalah seorang berkulit hitam, berasal dari Habsyah atau Eutopia dan merupakan hamba kepada Jubir Ibnu Mut’im. Dia menjadi hamba di Mekah dan merupakan seorang pakar melempar lembing/tombak.

Jubir Ibnu Mut’im adalah salah seorang pembesar Mekah sewaktu masih belum memeluk Islam. Jadi, apabila berlaku perang Badar, bapa saudaranya Jubir Ibn Mut’im telah dibunuh oleh Hamzah dalam perang Badar. Hamzah Bin Abdul Mutalib r.a merupakan seorang pahlawan hebat semasa perang Badar.

Jubir Ibnu Mut’im merupakan salah seorang pembesar Mekah. Manakala, Wahsyi adalah hamba kepada Jubir Ibnu Mut’im. Dipendekkan cerita, Jubir Ibnu Mut’im tuan kepada Wahsyi sedih atas kematian bapa saudaranya dalam perang Badar pada tahun ke-2 Hijrahmenyebabkan dia bersumpah untuk membalas dendam terhadap pembunuh bapa saudaranya itu iaitu Sayyidina Hamzah r.a.

Maksud tahun ke-2 Hijrah adalah berikutan peristiwa Nabi Muhammad S.A.W berhijrah ke Madinah selama 2 tahun kemudian berlaku perang Badar. Pada tahun ke-3 Hijrah, berlaku perang Uhud. Perang Uhud adalah rancangan orang Musyrikin Mekah untuk membalas dendam kepada Nabi Muhammad S.A.W. Hal ini demikian disebabkan semasa perang Badar, ramai pemimpin-pemimpin Mekah kecundang. Bahkan, Abu Jahal juga dibunuh dalam perang Badar.

Gambar Hiasan : Google

Antara yang terselamat ketika perang Badar adalah Abu Sufyan kerana telah bawa barangan business dari Syam yang hendak dibawa balik ke Mekah. Semua pembesar  Mekah yang lain telah mati dalam perang Badar. Jadi, perang Uhud tahun ke-3 Hijrah, tentera Musyrikin Mekah dipimpin oleh Abu Sufyan. Masa ini Abu Sufyan belum memeluk islam. Beliau memeluk islam pada tahun ke-8 Hijrah.

Di antara strategi yang digunakan oleh Abu Sufyan dalam perang Uhud adalah turut membawa wanita-wanita terutamanya  yang telah terbunuh suami, ayah dan ahli keluarga mereka yang lain semasa perang Badar. Matlamatnya kerana agar mereka membalas dendam kepada Rasulullah S.A.W. Posisi dan peranan mereka ini adalah berada di barisan paling belakang dan dikehendaki memberi semangat kepada tentera Musyrikin. Selain itu, bertujuan untuk menghalang tentera Musyrikin daripada berpatah balik.

Salah seorang wanita yang dibawa dalam perang Uhud adalah isteri Abu Sufyan yang bernama Hindun Binti Utbah (Sebelum memeluk islam). Jadi, matlamat Jubir dan Hindun dalam perang Uhud ini sama-sama mahu membalas dendam ke atas Sayyidina Hamzah.

Gambar Hiasan : Google

Dalam perang ini, Jubir telah membuat satu tawaran kepada hambanya yang bernama Wahsyi agar membunuh Sayyidina Hamzah dengan ganjaran akan dimerdekakan sekiranya berjaya. Lalu, Wahsyi meminta jaminan dari tuannya sekiranya dia berjaya membunuh Sayyidina Hamzah. Jawab Jubir, dia tidak kisah siapa yang Wahsyi mahu untuk dijadikan jaminan serta dalam masa yang sama Jubir turut mengistihar tawarannya kepada Wahsyi itu kepada orang ramai.

Lalu Wahsyi pun bersetuju.

Semasa kejadian, Wahsyi menempatkan posisi dirinya di bahagian paling belakang dan hampir dengan pasukan wanita. Wahsyir ini sebenarnya tidak berminat untuk berperang. Tetapi dia hanya mahu mencari batang tubuh Sayyidina Hamzah untuk dibunuh. Setiap kali terserempak dengan Hindun isteri Abu Sufyan, Hindun selalu mengatakan wahai Abu Dasmah (Gelaran Wahsyi), sembuhkan kemarahan hati kami. Maknanya, mahu Sayyidina Hamzah dan Rasulullah agar dibunuh agar segera sakit hatinya dapat diubati.

Gambar Hiasan : Pinterest

Di sini menunjukkan antara contoh buruk peranan wanita jahilah yang mahu melawan islam. Hal ini sudah ada semenjak dahulu lagi. Zaman sekarang pun tidak terkecuali terdapat wanita-wanita yang kerjanya menjebakkan orang lain untuk turut memusuhi islam.

Sebenarnya susuk tubuh Sayyidina Hamzah r.a antara yang senang dicari kerana meletakkan bulu burung di bahagian topi perangnya. Ketika itu, bulu burung ini sebagi imej kepahlawanan orang arab. Wahsyi terus bergerak semakin hampir dengan Sayyidina Hamzah r.a. Tanpa disedari oleh Sayyidina Hamzah, tubuhnya tepat terkena lemparan tombak si Wahsyi itu tadi dan menyebabkan dirinya syahid akibat cedera parah. Jasad Sayyidina Hamzah dan mereka yang syahid telah diperlakukan dengan kejam.

Dengan izin Allah, Wahsyi mendapat hidayah Allah. Beliau lalu pergi ke Madinah kerana mahu bertemu Rasulullah S.A.W. Dia diberitahu Rasulullah S.A.W berada di masjid lalu terus ke masjid. Dan mengungkapkan kalimah Syahadah. Bila Rasulullah S.A.W mendengar Wahsyi mengucap, lalu Rasulullah mengangkat wajahnya.

Kata Wahsyi, bila Rasulullah tengok ke arahku, Rasulullah pun memalingkan muka. Rasulullah kenal Wahsyi. Rasulullah sangat menyayangi Sayyidina Hamzah. Tetapi, walaupun sayangnya terhadap Sayyidina Hamzah, Wahsyi telahpun memeluk islam. Rasulullah meminta Wahsyi untuk beredar dan memintanya untuk tidak bertemu lagi selepas ini. Rasulullah S.A.W memaafkan tetapi masih teringat kepada bapa saudaranya. Maknanya, Rasulullah masih bersedih dengan kesyahidan Sayyidina Hamzah r.a.

Pengajaran di sini Rasulullah memaafkan Wahsyi. Rasulullah tidak berdendam dengan Wahsyi. Rasulullah ajar kita, dalam hidup ini kita tidak akan terlepas dari ujian. Jadi, uruskan perasaan dan akhlak sebagaimana yang digariskan dalam Islam. Insya Allah. Selamat menyambut Maulidur Rasul.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Tontonan asal: FB Link Ustazah Asmak Husin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *