Halatuju Pembangunan Wanita – Made With PosterMyWall

Belanjawan 2022 kelihatan banyak mengarahkan kepada halatuju pembangunan wanita dan keluarga di Malaysia terutama dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Peruntukan terbesar dalam sejarah di Malaysia sejumlah RM 332.1 billion merupakan perutukan yang cukup besar bagi belanjawan tahun 2022.

Bajet ini sebenarnya mendokong kepada tiga (3) paksi utama iaitu pemulihan, membina daya tahan dan juga memacu pembaharuan. Bajet ini sebenarnya ada beberapa fokus induk iaitu rakyat sejahtera, perniagaan yang berdaya tahan dan juga ekonomi yang makmur serta mampan.

Bajet tahun 2022 ini menjadi pengharapan semua ahli keluarga Malaysia untuk bangkit kembali dari krisis ekonomi akibat pandemik Covid-19 yang kita sedang hadapi ini. Sekarang ini kita baru sahaja hendak beralih kepada fasa endemik.

Walaupun begitu, kita masih lagi berjuang membanteras wabak ini. Sudah pastilah memerlukan satu bajet yang begitu tinggi masih perlu dibuat oleh pihak kerajaan terutamanya untuk perbelanjaan bagi mengambil kira kesinambungan pakej-pakej bantuan  dan rangsangan ekonomi kerajaan yang telah dilaksanakan.  

Namun bajet ini perlu dipantau di peringkat pelaksanaan supaya sampai kepada golongan sasar tanpa banyak kerenah birokrasi.

Bajet bagi pemerkasaan wanita banyaknya diberikan dalam bentuk kewangan seperti pengecualian cukai, pembiayaan dan sebagainya. Namun, ada yang berkata bahawa bajet ini kurang memberi penekanan kepada inisiatif jangka masa panjang terutama untuk wanita. Adakah perkara ini benar atau sebaliknya?

Kenyataan-kenyataan sebegini memerlukan kita sebagai masyarakat untuk membuat lebih pembacaan bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan meluas. Bila sebut mengenai pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, sebenarnya terdapat lebih daripada 20 agensi bukan kerajaan ataupun kementerian berkaitan.

Gambar Hiasan : Google

Jangka panjang dalam pengumuman bajet 2022 baru-baru ini, kerajaan banyak memfokuskan pembangunan infrastruktur. Sebab itu jika dilihat langkah-langkah awal soal kepimpinan, kerajaan telah bersetuju mewajibkan melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah dalam kalangan wanita bagi semua syarikat awam bermula 1 September 2022. Bagi syarikat yang bermodal besar ada masih berbaki beberapa 252 syarikat yang belum lagi meletak ahli lembaga pengarahnya dalam kalangan wanita.

Sudut pandang Islam, wanita dinaikkan martabat. Adalah satu tuduhan jahat sekiranya ada yang mengatakan islam menyebabkan wanita di diskriminasi. Bahkan, Islam yang menghentikan pembunuhan kanak-kanak perempuan pada zaman jahiliah. Islam juga yang menghentikan iddah setahun yang dikenakan kepada mana-mana isteri yang telah kehilangan suami. Hakikatnya, Islam lah yang menghentikan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita secara menyeluruh.

Antara usaha kerajaan dalam bajet 2022, pembukaan taska di tempat kerja awam. Tujuannya, memudahkan para wanita untuk pergi kerja. Kalau kata bantuan kepada pembangunan wanita adalah jangka masa pendek adalah tidak benar sama sekali.

Untuk pengetahuan semua, bagaimana boleh terwujudnya bajet? Dalam peringkat pembuatan bajet, semua kementerian perlu kemukakan dasar bajet masing-masing. Maksudnya dari segi cadangan kena minta dengan kerajaan, Menteri kewangan, perlu bentangkan berapa banyak yang dikehendaki beserta dengan tujuan dan sebagainya. Setelah dikemukan, barulah bahagian Kementerian Kewangan akan nilai berapa banyak yang perlu diluluskan.

Gambar Hiasan : Google

Mengikut kajian Institut Strategik dan Antarabangsa Malaysia, kaum wanita telah menyumbang sebanyak 39 peratus daripada jumlah tenaga pekerja di negara ini. Namun begitu, peratusan golongan wanita yang kehilangan pekerjaan lebih tinggi daripada peratusan lelaki. Apakah usaha dalam pembentangan bajet 2022 akan membawa kepada pemerkasaan wanita ke peringkat seterusnya dan bersama-sama memulihkan ekonomi negara kita?

Bajet ini meskipun berfokus kepada Kementerian Pembanguan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, tetapi ia juga diperuntukkan kepada kementerian-kementerian lain di bawah kerajaan Malaysia khas untuk wanita. Kita perlu melihat kembali usaha kerajaan dalam memastikan ekonomi negara dapat dipulihkan dalam pelbagai sudut.

Apakah sebenarnya fungsi kita sebagai rakyat dalam menyambut bajet yang telah dibentangkan oleh pihak kerajaan ini? Kalau lihat kepada golongan sasar wanita, kita tahu masih ramai yang masih belum sedar inisiatif-inisiatif yang ada disediakan ini terutama yang berada di luar bandar. Jadi, di sinilah peranan yang perlu dimainkan oleh pihak ngo untuk memberikan kesedaran, pemudah cara, dan menganjurkan program advokasi kepada wanita-wanita di luar sana.

Jalankan tanggungjawab kita sebagai ngo dan rakyat demi membantu golongan sasar agar mereka mendapat info dan mendapat faedah daripada inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

Islam tidak mendiskrimasi wanita.

Pelajar wanita adalah antara yang teramai di IPT. Penglibatan dalam sektor awam juga kira-kira 30 peratus wanita terlibat dalam membuat keputusan. Hal ini kerana, konsep Islam adalah tertakluk kepada kesaksamaan atau keadilan yang diletakkan ke tempat yang betul.

Gambar Hiasan : Google

Dalam usaha kerajaan membantu meningkatkan kebolehan pembangunan wanita, terdapat banyak program yang dilakukan di peringkat akar umbi. Bahkan, tidak ada pun kementerian lelaki di negara kita menunjukkan wanita disesuaikan di tempat yang betul, wajar sesuai dengan kemampuan mereka. Sebab lelaki sampai bila pun tidak mampu menanggung kemampuan mengandung dan melahirkan anak.

Nabi memuliakan wanita atau kaum ibu sebanyak 3 kali lebih mulia daripada kaum ayah. Ada kemuliaan wanita di tempatnya. Begitu juga, lelaki ada kemuliaan di tempatnya. Keadilan diletakkan dengan betul menurut islam.

Pembentangan belanjawan halatuju pembangunan wanita 2022 telah memadai.

Bajet kepada wanita tidak semestinya ada perkataan wanita. Contoh dari kementerian-kementerian lain yang tidak ada perkataan wanita adalah seperti Kementerian Sumber Manusia. Bahagian sumber manusia menyediakan sangat banyak program melibatkan wanita terutamanya dalam program-program untuk kembali bekerja. Kita perlu lihat bajet ini secara keseluruhan sebelum mempersoalkan setiap apa yang telah dibentangkan.

Cuma apa yang perlu dibuat oleh wanita adalah perlu peka kepada bajet keseluruhan di mana ada pelbagai peluang untuk diambil manfaat. Sebagai contoh lain, peruntukan proses vaksinasi sempena mengambil dos penggalak yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan juga sudah tertakluk ada bajet untuk wanita meskipun tidak ada perkataan spesifik wanita di dalam bajet.

Kerajaan juga mementingkan aspek kesihatan remaja iaitu bagi masyarakat luar bandar yang mempunyai masalah period poverty. Contohnya bila mereka datang haid, mereka tidak mempunyai tuala wanita. Jadi, mereka boleh tercicir dari sekolah walaupun jumlahnya tidak banyak. Inilah antara usaha kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk membantu golongan ini dengan menyediakan bajet khusus. Kerajaan menyediakan personal hyegiene kits dan tuala wanita percuma kepada 130 000 remaja golongan wanita B40.

Artikel disediakan oleh penulis wk.com

Link asal boleh ke FB Page Akademi Balqis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *