THE GEAR YOU NEED (1)

Kalau dah namanya anak kecil, sayur memang akan jadi makanan yang paling tak digemari. Tak tahu sebab apa? Bila nampak sahaja potongan kecil sayur (walaupun sebesar saiz sebutir nasi) mereka akan menjerit enggan makan.

Jadi bagaimana cara si kecil boleh mendapat khasiat daripada sayur-sayuran yang penting untuk tumbesaran sihat? Inilah dilema yang dihadapi oleh ramai ibu. Perkongsian daripada seorang ibu yang turut mengalami masalah sama telah berjaya mengatasi masalah anaknya yang tak suka makan sayur.

Puan Yuss Aisya berkongsi resipi menarik yang diolah daripada sayur bayam demi memastikan anak-anak dapat makan sayur walaupun dengan cara tersembunyi. Semoga bermanfaat!

Lolipop Bayam utk tarik anak-anak makan sayur..

Resepinya mudah sgt :

2 biji telur

1 sdb mayonis

Secubit garam

Segenggam daun bayam racik halus

1 sdb carrot disagat (utk manis semulajadi)

Pukul semua bahan

Panaskan kuali non stick sapu minyak skit

Tuang telur tinggalkan sedikit utk gam tepi

Gulung kemas smpai hujung gam guna baki telur.

Potong. Cucuk lidi.

Sumber  : Facebook Yuss Aisya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *