
Musim-musim tengkujuh begini, bestnya kalau dapat menikmati sup panas. Apa kata kita cuba yang western pula, iaitu mushroom sup dengan roti bawang putih. Wah, tentu sedap sekali. Ikuti perkongsian Nurul Balqis di page beliau:
Bahan yang diperlukan:

Bahan-bahan
– Sup Cendawan Campbell
– Susu krimer sejat
– Bawang putih
– Butter/marjerin
– Parsley leave yang kering
– Roti baguette perancis
Manakala bahan untuk disapu pada roti pula:

– Butter
– Bawang putih (hiris halus sehalusnya)
– Parsley leave
Gaul rata sampai jadi seperti dalam gambar. Yang lebih boleh simpan dalam peti. Jadi selepas ini, tidak perlu lagi buat yang baru.

Potong roti perancis tadi menyerong, kemudian sapu campuran bawang putih, butter, dan parsley leave tadi one side sahaja. Goreng tanpa minyak sampai garing dan pastikan jangan hangus ya.

Bahan untuk suop tersangatlah senang. Hanya guna soup campbell yang cendawan, susu cair & parsley leave sahaja. Boleh tengok video ini untuk lebih lanjut langkah penyediaan.
Ada orang letak jugak isi ayam dan kiub pati. Lagi sedap.

Kredit Nurul Balqis